• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, June 17, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

China Sokong Palestin Yang Merdeka, Berdaulat

oleh
14/12/2017
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Penyelesaian dua negara sebagai asas politik mengakhiri krisis Palestin-Israel menjadi antara empat cadangan akan dilaksanakan China melibatkan isu pertikaian sedia ada.

Cadangan lain dikemukakan Presiden Xi Jinping dalam peranan membina negara itu ialah memegang konsep keselamatan secara umum, komprehensif dan kerjasama, terus menyelaras usaha masyarakat antarabangsa dan melaksanakan dasar perkembangan secara keseluruhan dalam mengekalkan keamanan.

Kenyataan dikeluarkan pejabat Kedutaan China di Malaysia menyebut, republik itu mengikuti perkembangan isu Baitulmaqdis dan beberapa kali menyatakan pendirian berhubung perkara berkenaan selepas Amerika Syarikat (AS) mengiktiraf kota itu sebagai ibu negara Israel, 6 Disember lalu.

Keprihatinan dan kebimbangan terhadap kedudukan Baitulmaqdis juga pernah disuarakan jurucakap Kementerian Hal Ehwal Luar Negeri (MFA) China pada persidangan kewartawanan yang berlangsung selama dua hari bermula 6 Disember lalu.

Jurucakap itu menegaskan, status Baitulmaqdis adalah kunci terhadap perselisihan antara Palestin dan Israel.

“Isu itu sangat rumit dan sensitif kerana berkait rapat dengan perasaan perkauman serta agama,” katanya.

Kedutaan China di Malaysia menjelaskan, isu Palestin perlu diselesai menerusi saluran dialog bersandarkan resolusi Pertubuhan Bangsa Bersatu (PBB) manakala penyelesaian dua negara masih dianggap akses asas supaya perselisihan dapat diselesaikan.

“China menyokong proses keamanan Asia Barat secara teguh, menyokong penyelesaian isu Asia Barat termasuk kedudukan Baitulmaqdis menurut resolusi PBB, menyokong penubuhan Palestin yang berdaulat dan merdeka melalui sempadan 1967 berasaskan Baitulmaqdis Timur sebagai ibu kota.

“Pendirian China tidak akan berubah. China akan memainkan peranan secara bertanggungjawab dan membina dalam proses penyelesaian isu Palestin sebagai Anggota Tetap Jawatankuasa Keselamatan PBB.

“Kuasa Usaha Misi Tetap Republik Rakyat China ke PBB, Duta Besar Wu Haitao, pada 8 Disember lalu menegaskan pendirian China bahawa perubahan unilateral sebarang pihak akan merosakkan asas menyelesaikan isu Palestin.

“Ia juga boleh menyebabkan tentangan dan kekecohan baharu di rantau ini,” kata kenyataan itu.

Menurut kenyataan itu, Menteri Luar China, Wang Yi, turut menyatakan pendapat ketika menghadiri persidangan bertajuk ‘Situasi Global dan Diplomasi China’.

Antara lain, beliau menegaskan China sentiasa menyokong rakyat Palestin untuk memulihkan hak perundangannya, menyokong penubuhan Palestin yang berdaulat dan merdeka melalui sempadan 1967 berasaskan Baitulmaqdis Timur sebagai ibu kota. – Agensi/Mynewshub.cc/HAA

Tags: PalestinXi Jinping
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

374 Tan Bantuan Malaysia Menanti Masuk Gaza

374 Tan Bantuan Malaysia Menanti Masuk Gaza

09/04/2026
0

KUALA LUMPUR - Aktivis kemanusiaan, Muhammad Nadir Al-Nuri Kamaruzaman berkongsi perkembangan terkini misi bantuan Malaysia ke Gaza yang kini berada...

Yasser Abu Shabab – Pengkhianat Bangsa Palestin Maut Dibunuh 

Yasser Abu Shabab – Pengkhianat Bangsa Palestin Maut Dibunuh 

05/12/2025
0

Oleh Mynewshub  Gaza/Al-Quds – Yasser Abu Shabab, individu yang selama ini digelar sebagai pengkhianat oleh penduduk Gaza kerana didakwa bersekongkol...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd