• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, September 29, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Cadangan Wujudkan MRSM Berbayar Sedang Dikaji

oleh Ahmad Albab
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah (KKLW) sedang mengkaji cadangan penubuhan Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) berbayar bagi menampung kemasukan pelajar cemerlang di seluruh negara.

Menterinya Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata Majlis Amanah Rakyat (MARA) menerima banyak permohonan daripada ibu bapa berpendapatan tinggi untuk anak-anak mereka yang cemerlang dalam Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) diterima belajar di MRSM.

“MARA sentiasa memastikan pelajar cemerlang daripada keluarga berpendapatan rendah (B40) dan berpendapatan pertengahan (M40) terutamanya di luar bandar, diberi keutamaan mendapatkan pendidikan menengah terbaik di MRSM.

“Jadi bagi pelajar cemerlang dalam kalangan ibu bapa berpendapatan tinggi yang mampu membiayai kos pendidikan anak-anak mereka boleh ditempatkan di MRSM berbayar tersebut, namun namanya mungkin agak berbeza daripada MRSM sedia ada,” katanya semasa menjawab soalan Senator Datuk Mohd Suhaimi Abdullah pada sesi soal jawab persidangan Dewan Negara hari ini.

Ismail Sabri berkata cadangan penubuhan MRSM tersebut bagi memastikan semua pelajar cemerlang yang berkelayakan berpeluang menyambung sesi pembelajaran di sekolah berasrama penuh dan meneruskan kecemerlangan masing-masing. – BERNAMA

Tags: Datuk Seri Ismail Sabri YaakobMRSM
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Ismail Sabri Dihadapkan Ke Mahkamah, Mengaku Tidak Salah Tidak Isytihar Harta RM14 Juta

Ismail Sabri Dihadapkan Ke Mahkamah, Mengaku Tidak Salah Tidak Isytihar Harta RM14 Juta

27/08/2026
0

KUALA LUMPUR - Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini hari ini. Beliau...

Asyraf Wajdi Cadang MRSM Dinamakan Sempena Pengasas, Pencetus Idea Abdul Wahab Alwi

Asyraf Wajdi Cadang MRSM Dinamakan Sempena Pengasas, Pencetus Idea Abdul Wahab Alwi

26/08/2026
0

KUALA LUMPUR – Pengerusi Majlis Amanah Rakyat (Mara), Datuk Dr. Asyraf Wajdi Dusuki bercadang mengemukakan cadangan kepada Menteri Kemajuan Desa...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd