• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 22, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Cadang Jawatan Presiden, Timbalan Tak Dipertandingkan

oleh Ahmad Albab
06/12/2017
dalam Politik, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Pergerakan Pemuda UMNO hari ini mencadangkan supaya jawatan presiden dan timbalan presiden parti tidak perlu dipertandingkan pada pemilihan parti akan datang.

Ketuanya, Khairy Jamaluddin berkata Pemuda UMNO memberi sokongan sebulat hati kepada Presiden UMNO Datuk Seri Najib Tun Razak dan Naib Presiden Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, yang menjalankan tugas timbalan presiden, untuk terus mengemudi parti.

Ketika menyampaikan ucapan dasar pada Perhimpunan Agung Pergerakan Pemuda UMNO 2017 di Pusat Dagangan Dunia Putra di sini, Khairy berkata keutamaan parti sekarang adalah Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14), bukan pemilihan parti.

“Biar kita ke medan perang dengan hati yang tenang, dengan fikiran yang lapang. Jangan terbeban dengan persoalan siapakah (pemimpin) yang perlu diundi nanti. Jadi, kita selesaikan persoalan besar hari ini, tak perlu lagi dibelenggu persoalan ini.

“Dengan ini, Pemuda nak cadangkan bila menang pilihan raya nanti, insya-Allah, jawatan presiden dan timbalan presiden tak perlu dipertandingkan,” kata Khairy yang juga Menteri Belia dan Sukan.

“Buang persoalan itu jauh-jauh, sekarang kita fokus bagi Barisan Nasional menang besar,” tegas beliau.

Khairy turut menekankan soal pentingya solidariti anggota UMNO kepada parti mereka dengan memastikan tiada langsung wujud rekahan atau keretakan dalam parti.

Ketua Pemuda UMNO itu juga menegaskan bahawa cabaran yang dibawa parti serpihan yang keluar daripada UMNO tidak harus dipandang enteng.

“Walaupun kita yakin UMNO lebih kuat, UMNO lebih hebat, kita jangan lupa parti ‘Bunga’ ini akan tetap mencedok dari kolam penyokong yang sama,” katanya.

Selain itu, Khairy berkata sesiapa yang tidak terpilih menjadi calon PRU perlu terus bersama berjuang memastikan kemenangan parti.

“Jangan gadaikan maruah dan harga diri, jangan pentingkan agenda peribadi sampai UMNO rebah tak mampu berdiri,” tambahnya. – BERNAMA

Tags: Khairy Jamaluddin Abu Bakar
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Tunku Mahkota Ismail Terima Mengadap Onn Hafiz, Khairy Jamaluddin

Tunku Mahkota Ismail Terima Mengadap Onn Hafiz, Khairy Jamaluddin

07/04/2026
0

JOHOR BAHRU – Pemangku Sultan Johor, Tunku Mahkota Ismail berkenan menerima mengadap Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi hari...

“Ini Pembangkang Paling Tak Berguna?” – Syahir Balas Kritikan KJ

“Ini Pembangkang Paling Tak Berguna?” – Syahir Balas Kritikan KJ

26/03/2026
0

KUALA LUMPUR - Kenyataan bekas Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar yang menyifatkan pembangkang hari ini sebagai 'paling tidak berguna'...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd