• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, April 25, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Bunuh Di Stesen Minyak: 13 Individu Ditahan Setakat Ini

oleh AK-47
23/12/2017
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

JOHOR BAHRU – Polis sudah menahan 13 individu setakat ini melibatkan sembilan lelaki dan empat wanita bagi membantu siasatan kes bunuh di sebuah stesen minyak di Taman Pelangi, di sini, Ahad lepas.

Ketua Polis Johor, Datuk Mohd Khalil Kader Mohd berkata kesemua mereka berumur lingkungan 16 hingga 26 tahun.

“Semalam (20 Disember), polis menahan seorang lelaki dan seorang wanita di Pulau Pinang manakala empat lelaki dan tiga wanita lagi berjaya ditahan di Singapura dengan bantuan pasukan polis Singapura.

“Terkini, pada hari ini (21 Disember), seramai empat lelaki ditangkap di kawasan Johor oleh Tim Siasatan Khas Polis Diraja Malaysia menjadikan jumlah keseluruhan tangkapan melibatkan sembilan lelaki dan empat wanita,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Mohd Khalil berkata polis masih lagi meneruskan siasatan untuk mengesan beberapa lagi suspek yang dikehendaki bagi membantu siasatan.

Dalam kejadian 7.30 malam Ahad lepas, mangsa bunuh yang berumur 40-an berkenaan mati di tempat kejadian selepas ditikam, dilanggar dan digilis kereta dinaiki empat lelaki.

Kejadian berlaku ketika mangsa dan isterinya berhenti di stesen minyak itu untuk mengisi angin tayar kenderaannya.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi dilaporkan mengesahkan kejadian dipercayai berpunca daripada perselisihan dua kumpulan kongsi gelap.

Hari ini, Mahkamah Majistret di sini membenarkan permohonan polis untuk menahan reman enam individu melibatkan lima lelaki dan seorang wanita.

Majistret Noor Aisyah Ahmad membenarkan kesemua mereka direman selama tujuh hari bermula hari ini bagi membantu s iasatan kes bunuh tersebut. – BERNAMA

Tags: kes bunuh
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Lelaki Dipercayai Bunuh Emak, Isteri Dan Dua Anak Sebelum Bunuh Diri

Lelaki Dipercayai Bunuh Emak, Isteri Dan Dua Anak Sebelum Bunuh Diri

17/02/2026
0

KUANTAN: Seorang lelaki dipercayai membunuh ibu, isteri dan dua anak perempuan sebelum membunuh diri di sebuah rumah di Taman Cherating...

Penjual Lembu Didakwa Bunuh Cikgu Sekolah Rendah

Penjual Lembu Didakwa Bunuh Cikgu Sekolah Rendah

06/02/2026
0

BANDAR BARU BANGI - Seorang penjual lembu didakwa di Mahkamah Majistret di sini pada Jumaat atas satu pertuduhan membunuh rakan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd