• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, September 28, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Buka Lebih Banyak MRSM Ulul Albab Di Sabah

oleh
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

SAYA menyambut baik cadangan usul yang dikemukakan oleh Perwakilan UMNO Sabah di Perhimpunan Agung UMNO 2017 yang meminta agar kerajaan dapat mempertimbangkan untuk buka lebih banyak Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) Ulul Albab di negeri itu.

MRSM Ulul Albab merupakan program pendidikan integrasi antara program pendidikan Sains Tulen dan program aliran agama termasuk Tahfiz Al-Quran. Pada ketika ini, terdapat 9 buah MRSM Ulul Albab di seluruh negara.

Objektifnya adalah untuk melahirkan ahli professional, teknokrat dan usahawan yang bukan sahaja berilmu pengetahuan tetapi mempunyai kemahiran dalam bidang agama berasaskan Al-Quran dan As-Sunnah.

Kerajaan juta telah memperuntukan sebanyak RM600 juta untuk membina sebanyak lima buah lagi MRSM Ulul Albab di seluruh negara termasuk satu di Semporna, Sabah yang mula beroperasi tahun ini.

Setelah hampir tujuh tahun program ini dilaksanakan, seramai 1,164 orang Hafiz yang juga cemerlang dalam bidang Sains Tulen telah dilahirkan.

Saya bersetuju dengan cadangan supaya lebih banyak MRSM Ulul Albab dibina di Sabah agar ia boleh membuka peluang anak-anak Sabah untuk menjadi cendekawan Islam yang tersohor.

Tambahan pula, Sabah mempunyai populasi penduduk beragama Islam yang besar dengan jumlah melebihi 60%.

Saya percaya kerajaan melalui Kementerian Luar Bandar Dan Wilayah serta Majlis Amanah Rakyat (MARA) akan berusaha mengambil segala inisiatif agar MRSM Ulul Albab ini dapat diperkembangkan lagi khususnya di Malaysia Timur.

Insya Allah, dengan berkat daya usaha serta keprihatinan pihak kerajaan, permintaan suara akar umbi UMNO boleh direalisasikan.

Dato’ Rizal Bin Mansor
Presiden, 
Majlis Permuafakatan Pendidikan MARA Kebangsaan. (MUAFAKAT)

Tags: MRSMUlul Albab
Share198Tweet124SendShare

Related Posts

Asyraf Wajdi Cadang MRSM Dinamakan Sempena Pengasas, Pencetus Idea Abdul Wahab Alwi

Asyraf Wajdi Cadang MRSM Dinamakan Sempena Pengasas, Pencetus Idea Abdul Wahab Alwi

26/08/2026
0

KUALA LUMPUR – Pengerusi Majlis Amanah Rakyat (Mara), Datuk Dr. Asyraf Wajdi Dusuki bercadang mengemukakan cadangan kepada Menteri Kemajuan Desa...

Asyraf Wajdi Mohon Doakan 2 Pelajar MRSM Hilang Berjaya Ditemui

Asyraf Wajdi Mohon Doakan 2 Pelajar MRSM Hilang Berjaya Ditemui

14/08/2026
0

KUALA LUMPUR - Pengerusi Majlis Amanah Rakyat (Mara), Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki meminta orang ramai mendoakan dua pelajar Maktab...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd