• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, May 23, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Budak Lelaki Main Dapur Punca Kebakaran Maut

oleh Ahmad Albab
31/12/2017
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

NEW YORK – Seorang budak lelaki berusia tiga tahun yang bermain dengan dapur memasak, secara tidak sengaja menyalakan api hingga menyebabkan kebakaran, di sebuah bangunan apartmen di sini.

Kejadian itu menyebabkan 12 orang terbunuh termasuk empat kanak-kanak, kata ketua jabatan bomba semalam.

Kebakaran berlaku pada petang Khamis di bangunan pangsapuri 25 unit berhampiran Zoo Bronx, antara tarikan pelancongan paling popular di Amerika Syarikat (AS) itu.

Empat masih kritikal akibat kebakaran yang disifatkan Datuk Bandar, Bill de Blasio sebagai ‘tragedi kebakaran terburuk di bandar ini sejak suku abad lalu.’

“Kami mendapati api bermula dari dapur di tingkat pertama,” kata Pesuruhjaya Bomba, Daniel Nigro kepada wartawan.

“Ia berpunca dari seorang budak lelaki berusia tiga setengah tahun yang bermain dengan dapur memasak. Ibunya tidak menyedari kebakaran bermula dan hanya tersedar selepas budak itu menjerit.”

Ibu itu kemudian lari keluar dari kediaman bersama dua anaknya, dengan pintu terbuka menyebabkan api mula merebak ke tangga dan seluruh bangunan.

“Tangga itu seolah berfungsi seperti cerobong. Api merebak dengan pantas ke tingkat atas menyebabkan kebanyakan mangsa tidak sempat untuk bertindak,” kata Nigro.

Lima maut di tempat kejadian manakala tujuh lagi meninggal dunia di hospital tempatan. – AFP/BH ONLINE

Tags: kebakarannew york
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Identiti Lima Sekeluarga Terkorban Dalam Kebakaran Ulu Dong Disahkan

Identiti Lima Sekeluarga Terkorban Dalam Kebakaran Ulu Dong Disahkan

26/02/2026
0

Raub: Polis mengesahkan identiti lima sekeluarga yang terkorban dalam tragedi kebakaran di Kampung Pamah Kulat, Ulu Dong, awal pagi tadi....

Bapa Nekad Redah Api Selamatkan Anak, Isteri, Cedera Melecur Pada Muka, Badan

Bapa Nekad Redah Api Selamatkan Anak, Isteri, Cedera Melecur Pada Muka, Badan

15/02/2026
0

KOTA BELUD: Seorang bapa melecur pada muka dan badan selepas nekad meredah api bagi menyelamatkan isteri serta tiga anaknya dalam...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd