Sunday, May 12, 2024

Creating liberating content

Peminat Gelar Kim Kardashian...

Kim Kardashian bersetuju apabila digelar sebagai 'fat bit*h' oleh satu satu akaun troll di...

Makanan Laut Di Pasar...

KUALA LUMPUR - Alasan bekalan kurang dan pemborong menetapkan harga menjadi ‘modal’ peniaga...

Kemboja Hantar Pembantu Rumah...

PHNOM PENH - Kemboja akan menghantar sekumpulan pembantu rumah untuk bekerja di Malaysia...

Jari Belum Bertanda Tapi...

PONTIAN - Seramai tiga pengundi di pusat daerah mengundi (PDM) Sekolah Kebangsaan Sungai...

Buaya Tembaga Ditemui Dalam Semak

PEKAN – Pengarah Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) Pahang Ahmad Azhar Mohammed hari ini menasihatkan mereka yang tinggal berhampiran kawasan sungai agar berhati-hati dengan kehadiran buaya yang mungkin berlaku pada musim tengkujuh atau air pasang besar.

“Tidak mustahil ada buaya sesat dan naik ke darat pada keadaan cuaca begini dan mereka dinasihatkan untuk tidak cuba menangkapnya sendiri,” katanya.

Ahmad Azhar menambah mereka yang berjumpa dengan reptilia itu boleh menghubungi Pejabat Perhilitan Pahang di talian 09-5177733 atau pegawainya Ahmad Ikhwan Zainuddin di talian 013-9381900.

Penduduk Kampung Serandu di sini gempar apabila menemui seekor buaya tembaga berukuran 14 kaki dalam kawasan semak berhampiran Pantai Air Leleh hari ini.

“Penduduk mendakwa melihat buaya itu menuju ke kawasan semak lalu menghubungi bomba dan Angkatan Pertahanan Awam (APM) untuk menangkapnya sebelum memaklumkan perkara itu kepada Perhilitan.


“Buaya itu dianggarkan berusia lebih 20 tahun. Kami akan memeriksa keadaannya sebelum membuat keputusan sama ada melepaskannya di kawasan yang sesuai atau di Paya Indah Wetlands, Dengkil Selangor,” katanya semasa dihubungi di sini. – BERNAMA

Kategori