• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, September 30, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

BN Mampu Buat Kejutan Rampas Semula Sandakan

oleh Ahmad Albab
dalam Politik, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Barisan Nasional (BN) dilihat berkemampuan membuat kejutan merampas semula kerusi Parlimen Sandakan daripada DAP pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) bersandarkan peningkatan sokongan terhadap parti itu kebelakangan ini.

Berkongsi pandangannya dengan Bernama di sini hari ini, Ketua Pemuda UMNO Beluran Samad Jambri berkata peningkatan sokongan terhadap BN akan bertambah sekiranya parti itu meletakkan anak tempatan untuk bertanding di kerusi berkenaan.

“Ini memberi senario baharu dan menarik minat pengundi, sekali gus memberi kelebihan kepada BN.

“Sekiranya ada calon yang sesuai, sudah pasti UMNO dan BN akan dapat memenangi hati rakyat di kawasan Parlimen Sandakan,” katanya yang ditemui di luar Perhimpunan Agung UMNO 2017 di Pusat Dagangan Dunia Putra.

Beliau berkata walaupun UMNO dan BN di kawasan itu mungkin berdepan parti tempatan baharu – Parti Warisan Sabah – pada PRU14 nanti, perkara tersebut tidak melemahkan jentera pilihan raya menjalankan tanggungjawab yang diamanahkan Presiden UMNO Datuk Seri Najib Tun Razak.

Katanya kerjasama dalam kalangan parti komponen BN juga perlu diperkukuh bagi menjamin visi dan misi menakluk kembali Parlimen Sandakan menjadi kenyataan.

“Janganlah ada sengketa dalam kalangan anggota UMNO dan BN serta sesama parti komponen BN… kita perlu bersatu untuk meraih kemenangan,” katanya.

Pada pilihan raya lepas, Presiden Parti Liberal Demokratik ketika itu, Datuk Liew Vui Keong yang bertanding atas tiket BN, tewas kepada calon DAP Wong Tien Fatt dengan majoriti 1,088 undi. – BERNAMA

Tags: Barisan Nasional
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Video Zahid Mahu Teruskan Persefahaman BN-PN Di Melaka Kembali Tular

Video Zahid Mahu Teruskan Persefahaman BN-PN Di Melaka Kembali Tular

22/08/2026
0

KUALA LUMPUR – Rakaman video kenyataan Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi pada 1 Ogos lalu...

RCI Tabung Haji Perlu Kaji Perkembangan Selepas 2020 Termasuk UJSB

RCI Tabung Haji Perlu Kaji Perkembangan Selepas 2020 Termasuk UJSB

13/08/2026
0

KUALA LUMPUR - Barisan Nasional (BN) meminta skop Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) berhubung pengurusan Lembaga Tabung Haji (TH) tidak terhad...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd