• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, April 25, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Berani Kutuk Trump, Kim Jong Un Jadi Idola Di Gaza

oleh
18/12/2017
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

BAITULMAQDIS — Sebuah restoran di Gaza menawarkan diskaun besar bagi semua pelanggan warga Korea Utara sebagai rasa penghargaan kepada pemimpin negara komunis itu, Kim Jong Un.

Puncanya diktator rejim Pyongyang itu menjadi salah seorang pemimpin dunia bukan Islam paling lantang melawan langkah Amerika Syarikat (AS) pada 6 Disember lalu mengiktiraf Baitulmaqdis sebagai ibu kota baharu Israel.

“Tawaran potongan harga 80 peratus bagi pelanggan dari Korea Utara sebagai penghargaan atas sokongan teguh pemimpin Jong Un terhadap Palestin,” demikian mesej kain gegantung di Restoran Rabaa di kem pelarian Jabalia.

Namun, kemungkinan besar si pemilik premis makanan berkenaan, Salim Rabaa, tidak akan dapat meski seorang pun pelanggan yang berasal dari Korea Utara dalam waktu terdekat ini ketika konflik dengan Israel makin panas.

Apatah lagi memang mustahil untuk ada waima seorang warga Korea Utara yang berada di genting Gaza pada masa ini atau penduduk Palestin sendiri yang barang kali memegang pasport negara rantau Asia Timur berkenaan.

“Saya tahu memang tidak akan ada rakyat Korea Utara di kawasan Gaza, tetapi inilah yang setidak-tidaknya dapat saya tawarkan kepada mereka sebagai bentuk rasa terima kasih,” kata Salim ketika ditemui pihak media.

Selain itu, beliau juga memasang beberapa foto Jong Un di restoran kecil berkenaan. Langkah unik Salim ini kemudian menjadi perbincangan hangat dalam kalangan ramai penduduk dan pelanggan premis tersebut sendiri.

“Saya mencintai Kim Jong Un kerana dia berdiri menentang pihak AS,” kata seorang pelanggan manakala seorang lagi menambah: “Saya akan menemui dan bersalaman dengan warga Korea Utara jika mereka muncul di sini.”

Jong Un dilaporkan media antarabangsa menggelarkan Trump sebagai “orang tua” serta menyelar keputusannya terhadap status Baitulmaqdis sebagai satu langkah percerobahan hak kedaulatan Palestin dan jelas berniat jahat.

Rejim Israel merampas bahagian timur Baitulmaqdis selepas menang dalam Perang Enam Hari 1967 dan kemudian mewartakan secara haram seluruh bandar purba itu sebagai ibu kota Yahudi daripada pentadbiran Palestin.

Namun, langkah biadab Israel itu tidak diperakui oleh masyarakat antarabangsa termasuk Pertubuhan Bangsa Bersatu, sementelahan Palestin masih lagi menganggap Baitulmaqdis sebagai ibu kota masa depan negara tersebut.

Ironinya untuk memasuki Baitulmaqdis, warga Gaza perlu mendapatkan keizinan rasmi daripada pihak berkuasa Israel yang sudah mengepung wilayah Palestin itu selama lebih satu dekad. – Agensi/Mynewshub.cc/HAA

Tags: Kim Jong-unKorea UtaraPalestin
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

374 Tan Bantuan Malaysia Menanti Masuk Gaza

374 Tan Bantuan Malaysia Menanti Masuk Gaza

09/04/2026
0

KUALA LUMPUR - Aktivis kemanusiaan, Muhammad Nadir Al-Nuri Kamaruzaman berkongsi perkembangan terkini misi bantuan Malaysia ke Gaza yang kini berada...

Yasser Abu Shabab – Pengkhianat Bangsa Palestin Maut Dibunuh 

Yasser Abu Shabab – Pengkhianat Bangsa Palestin Maut Dibunuh 

05/12/2025
0

Oleh Mynewshub  Gaza/Al-Quds – Yasser Abu Shabab, individu yang selama ini digelar sebagai pengkhianat oleh penduduk Gaza kerana didakwa bersekongkol...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd