• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, September 30, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Banjir Di Terengganu Catat Peningkatan Pagi Ini

oleh Ahmad Albab
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA TERENGGANU – Jumlah mangsa banjir di Terengganu merekodkan sedikit peningkatan kepada 600 orang daripada 169 keluarga setakat 8 pagi ini berbanding 503 pada 10 malam tadi.

Mengikut Sekreteriat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Terengganu jumlah itu melibatkan 12 pusat pemindahan sementara (PPS) di enam daerah iaitu di Besut, Marang, Kuala Nerus, Kuala Terengganu, Dungun dan Setiu.

Marang merekodkan jumlah mangsa banjir paling ramai iaitu 368 orang (108 keluarga) di empat PPS, Setiu seramai 65 mangsa (14 keluarga) di dua PPS dan dua PPS di Kuala Nerus menempatkan 54 mangsa (14 keluarga).

Manakala di Dungun seramai 47 mangsa (12 keluarga) berada di satu PPS, Kuala Terengganu melibatkan 45 mangsa (15 keluarga) dan Besut seramai 21 orang (enam keluarga) masing-masing juga di satu PPS.

Mengikut laporan Jabatan Pengairan dan Saliran pada 9 pagi ini, paras air Sungai Nerus di Kampung Langkap, Setiu merekodkan bacaan 21.44 meter (m) melebihi aras amaran 20.75 m manakala Sungai Chalok di Jambatan Chalok, di Setiu juga merekodkan peningkatan dengan bacaan 8.1 meter (m) melebihi 7.7 m.

Begitu juga dengan Sungai Marang, Jambatan Pengkalan Berangan mencatatkan peningkatan aras air hingga 2.39 m melebihi aras amaran 2.3 m. – BERNAMA

Tags: BanjirTerengganu
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

PMX Anwar Arah Kedutaan Guna Segala Sumber Bantu Rakyat Malaysia Terjejas Banjir Nepal-China

PMX Anwar Arah Kedutaan Guna Segala Sumber Bantu Rakyat Malaysia Terjejas Banjir Nepal-China

27/08/2026
0

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengarahkan misi diplomatik Malaysia menggunakan segala sumber yang diperlukan bagi membantu...

Hampir 900 Ekor Ular Termasuk Tedung Berbisa Terlepas Dari Ladang

Hampir 900 Ekor Ular Termasuk Tedung Berbisa Terlepas Dari Ladang

11/07/2026
0

Oleh Mynewshub  BEIJING – Penduduk sebuah kampung di selatan China berdepan ancaman baharu selepas dianggarkan sehingga 900 ekor ular terlepas...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd