• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, June 6, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Bajet: Terengganu Fokus Kurangkan Kos Sara Hidup

oleh AK-47
12/12/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA TERENGGANU – Kerajaan Negeri Terengganu hari ini yang membentangkan Bajet 2018 menampilkan empat tunjang utama yang menyentuh keperluan segera dan keutamaan kepada rakyat dalam menangani kos sara hidup yang semakin meningkat.

Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Razif Abdul Rahman yang membentangkan bajet itu pada Sidang Dewan Undangan Negeri di Wisma Darul Iman di sini hari ini berkata ia merupaka bajet inklusif yang memberi fokus kepada semua lapisan masyarakat.

“Empat tunjang itu adalah mengurangkan beban rakyat dalam menangani peningkatan kos sara hidup rakyat, kedua, meningkatkan dan mewujudkan peluang pekerjaan kepada rakyat, ketiga, mengisi keperluan perumahan rakyat dan keempat, pembangunan yang bersifat ‘inklusif’ dan berpaksikan rakyat ,” katanya.

Katanya, bagi mengurangkan kos sara hidup rakyat, kerajaan negeri akan memberikan bekalan air percuma bagi penggunaan domestik sehingga 20 meter padu dengan peruntukan sebanyak RM6.3 juta yang bakal memberi manfaat kepada 100,000 buah kediaman.

Dalam usaha membantu pemandu teksi yang berhadapan saingan dengan pemandu perkhidmatan e-hailing  GRAB dan UBER, bantuan sekali beri sebanyak RM500 diberikan kepada semua pemandu teksi yang berdaftar dengan Suruhanjaya Perkhdimatan Awam Darat.

Kerajaan negeri juga katanya memberi bantuan sekali beri RM500 kepada 50 pemandu bas henti-henti  sebagai menghargai peranan mereka yang berada di barisan hadapan industri pelancongan Terengganu.

Ahmad Razif seterusnya berkata kerajaan negeri akan memperkenalkan Program Transformasi Belia Niaga (TBN) tahun hadapan bagi melahirkan 100 usahawan dalam kalangan belia menerusi Yayasan Pembangunan Usahawan Terengganu dengan peruntukan sebanyak RM1.2 juta.

Langkah itu katanya bagi mewujudkan peluang pekerjaan kepada golongan belia melalui bidang keusahawanan yang dijangka memberi pulangan lumayan sekali gus mengubah dan meningkatkan taraf ekonomi hidup mereka dan keluarga.

Bajet 2018 juga katanya tidak mengetepikan  golongan orang kurang upaya (OKU) apabila mereka akan diberikan keutamaan bagi pemilikan rumah menerusi Program Perumahan Terengganuku Sayang (PPTS) atau sebelum ini dikenali sebagai Program Perumahan Rakyat Termiskin (PPRT) dengan peruntukan sebanyak RM32 juta.

“Kerajaan negeri juga akan bekerjasama dengan Kerajaan Persekutuan bagi melaksanakan beberapa projek perumahan untuk rakyat Terengganu melibatkan peruntukan RM400 juta.

“Projek-projek itu meliputi Program My Beautiful New Home khusus untuk golongan B40 yang akan dibina sebanyak 50 unit di Kampung Mak Kemas, Bukit Payung. Bagi mereka yang berpendapatan RM3,500 ke bawah pula kerajaan negeri akan membina sebanyak 3,085 unit Rumah Mampi Milik (RMM) di seluruh negeri ini.

“Selain itu tambahan sebanyak 2,538 unit rumah lagi akan dibina melalui Perumahan Penjawat  Awam 1 Malaysia yang akan dibina di seluruh negeri,” katanya.

Projek yang bermula pada tahun depan itu katanya dijangka siap pada tahun 2020.

Mengambil iktibar kejadian yang menimpa para pelajar tahfiz di Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah, Kuala Lumpur September lepas, kerajaan negeri juga telah memperuntukkan sebanyak RM126,000 kepada pusat-pusat tahfiz yang berdaftar bagi menyediakan peralatan keselamatan kebakaran.

Bagi menghargai perkhidmatan yang telah disumbangkan oleh 12,756 penjawat awam di negeri ini, kerajaan negeri juga bersetuju memberi bonus sebanyak RM1,500 kepada setiap seorang dengan peruntukan sebanyak RM19.13 juta.

Ahmad Razif berkata daripada jumlah itu, RM1,000 akan diberikan pada Januari depan manakala baki RM500 lagi menjelang Aidilfitri.

“Atas dasar cakna  kepada penjawat awam, kerajaan negeri bersetuju memperluaskan bayaran bonus ini kepada semua kakitangan termasuk kakitangan sementara tanpa perjawatan, kontrak dan ad hoc,” katanya. – BERNAMA

Tags: Bajet 2018Datuk Seri Ahmad Razif Abdul Rahman
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

LPNM Anjur Fiesta Nanas 60 Pada 14-17 Disember Ini

Next Post

Nampak Mangsa Dalam Longkang Bersama Go-Kart

Related Posts

Hormati Keputusan Jailani Letak Jawatan – Razif

20/05/2018
0

KUALA TERENGGANU - Pengerusi Badan Perhubungan Umno Negeri Terengganu Datuk Seri Ahmad Razif Abd Rahman menghormati pendirian Datuk Seri Jailani...

Pusat Rehabilitasi Sukan Terengganu Di Buka

08/05/2018
0

KUALA TERENGGANU – Kerajaan negeri Terengganu kini menyediakan satu lagi perkhidmatan penjagaan kesihatan menerusi penubuhan Pusat Rehabilitasi Sukan Terengganu yang...

Next Post

Nampak Mangsa Dalam Longkang Bersama Go-Kart

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd