Saturday, May 11, 2024

Creating liberating content

Deepak Diarah Serah Notis...

KUALA LUMPUR – Mahkamah Tinggi hari ini mengarahkan ahli perniagaan, J. Deepak untuk...

Mampukah Pakatan Harapan Bertahan...

KUALA LUMPUR - Peribahasa Melayu menyatakan 'muafakat membawa berkat, berpecah membawa rebah', yang...

Tarikh Akhir Operasi Cari...

JAKARTA, Indonesia – Walaupun operasi mencari dan menyelamat mangsa pesawat AirAsia QZ8501 dijadualkan...

Lagi Kes Hasut: Ustaz...

BUTTERWORTH - Pegawai Penerangan Ketua Menteri Pulau Pinang, Ustaz Wan Ji Wan Hussin...

Ayuh Rakyat Malaysia, Jom Bantu Tok Manaf!

RANCANGAN seorang anak yang ingin membawa bapanya bercuti di luar negara bertukar menjadi pengalaman sukar apabila bapanya itu diserang penyakit kronik.

A. Manaf Mohd Noh, 81, yang berasal dari Petaling Jaya kini menerima rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU) di sebuah hospital di Bandar Gangnam, Korea Selatan selepas disahkan mengalami masalah saluran jantung sempit.

Manaf atau lebih mesra dipanggial ‘Tok Manaf’ dikatakan baru empat hari tiba di bandar Seoul, namun dia mula mendakwa mengalami sesak nafas dan keletihan melampau sehingga hampir tidak mampu berjalan.

Menurut anaknya, Azman Abd Manaf, bapanya segera dikejarkan ke hospital terbabit dan setelah pemeriksaan lanjut dilakukan, doktor mengesahkan pembedahan saluran pembuluh perlu dijalankan dengan segera.

Merisaukan situasi menjadi semakin buruk, dia dan adik beradiknya yang lain bersetuju dan pembedahan itu dilakukan pada 4 Disember lalu yang mana ia menelan belanja kira-kira RM350,000.

Difahamkan, percutian mereka sekeluarga itu adalah bagi menceriakan kembali ayahnya yang dikatakan kemurungan selepas kematian ibu mereka pada November lalu.

Selepas beberapa hari, doktor kemudian menyarankan agar ayahnya itu segera menjalani rawatan pembedahan kedua susulan kondisi pembuluh darahnya yang dilihat semakin teruk.

Selepas pembedahan susulan dilakukan, Manaf dilaporkan berada dalam keadaan stabil namun jumlah keseluruhan kos perubatan ayahnya sepanjang dirawat telah mencecah sehingga RM800,000.

Difahamkan, dia bersama adik beradiknya cuba berunding dengan pihak hospital untuk membayar 25 peratus daripada jumlah keseluruhan terlebih dahulu, namun pihak hospital tidak menerima tawaran itu.

Ayahnya itu masih ditahan pihak hospital dan hanya akan dibenarkan pulang ke Malaysia sekiranya mereka menyelesaikan kos bayaran tertunggak yang difahamkan mencecah RM500,000.


Jumlah besar itu ternyata tidak tertanggung Azman dan keluargnya, membuatkan dia merayu simpati orang ramai bagi membantu menampung kos perbelanjaan pembedahaan jantung bapanya itu.

Di laman sosial, kempen derma bagi membawa pulang ayahnya itu turut dijalankan sejak minggu lalu dan ia turut dikongsikan Timbalan Ketua Setiausaha (Pengurusan) Kementerian Kerja Raya, Datuk Sarani Dollah di Twitter.

“Menyeru kepada semua untuk sama-sama membantu Tok Man yang terkandas di Korea supaya dapat dibawa pulang ke Malaysia bagi meneruskan rawatan,” tulis beliau pada Rabu.

Sementara itu, kempen memungut sumbangan ikhals orang ramai turut dilakukan menerusi laman web GoFundMe https://www.gofundme.com/lets-bring-manaf-home dengan matlamat mengutip AS$100,000 (RM440,625) di mana setakat hari ini berjaya mengumpul sebanyak AS$10,388 (RM42,286).

Sebagai rakyat Malaysia yang terkenal dengan sikap keprihatinan, marilah kita bersama-sama membantu seikhlas mungkin bagi membolehkan Tok Manaf dibawa pulang dan dapat meneruskan rawatan di Malaysia.

Anda juga boleh menghubungi terus Azman di talian 014123115825 untuk maklumat lanjut. – MYNEWSHUB.CC

Kategori