• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, May 25, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

APM Sedia Hadapi Kemungkinan Banjir Di Miri

oleh AK-47
21/12/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

MIRI – Angkatan Pertahanan Awam (APM) sudah bersiap-sedia menghadapi situasi cuaca buruk yang diramal melanda bandaraya Miri pada Sabtu dan Ahad ini.

Pegawai APM Daerah Miri Kapten Mohd Hazle Shah Abdul Hamid berkata selain APM pelbagai agensi serta jabatan kerajaan di sini turut bersiap sedia jika ada mangsa-mangsa memerlukan bantuan segera.

“Untuk pusat pemindahan mangsa banjir di Miri sebanyak 117 buah pusat pemindahan telah dikenalpasti namun setakat ini belum ada yang dibuka,” katanya kepada pemberita selepas mesyuarat pengurusan bencana Miri dipengerusikan oleh Residen Bahagian Miri Sherrina Hussaini di sini petang ini.

Dalam perkara berkaitan Sherrina berkata, Bilik Operasi Bencana Bahagian Miri telah diaktif untuk menghadapi kemungkinan cuaca buruk seperti diramalkan oleh Jabatan Meteorologi.

“Saya juga meminta orang awam jangan cepat membuat andaian apabila gambar berkaitan dengan banjir tular di media sosial dan mendapatkan maklumat sahih,” katanya.

Dengan memberi contoh kejadian berlaku di perkampungan nelayan Kampung Batu 1 di Kuala Baram semalam, Sherrina berkata, gambar perahu nelayan tersadai ditepi jalan Kuala Baram telah memberi persepsi negatif kerana ia seolah menggambarkan kesemua bandaraya Miri dilanda bencana.

“Ia bukan bencana kerana kejadian berlaku semalam di satu kawasan terpencil sahaja, berpunca air pasang besar dan hujan lebat, nelayan memang meletakkan perahu di tepi jalan untuk mengelakkan perahu hanyut ke tempat lain,” katanya.

Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak (JPBNS) dalam satu kenyataan petang ini berkata, Jabatan Meteorologi meramalkan hujan lebat dan angin kencang di Miri dan Limbang pada 23 dan 24 Dis ini.

Bilik Gerakan Negeri boleh dihubungi di talian 082-443991/446991, nombor faks 082-442730 dan emel [email protected] untuk mendapatkan atau memberi sebarang maklumat berkaitan banjir. – BERNAMA

Tags: Banjir
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Selangor Perlu Akui Pelan Banjir Gagal, Kata PAS

Selangor Perlu Akui Pelan Banjir Gagal, Kata PAS

22/04/2026
0

SHAH ALAM – Kenyataan media terbaharu daripada PAS Selangor mencetuskan perhatian apabila parti itu secara terbuka menggesa kerajaan negeri mengakui...

Lebuhraya PLUS Di Nilai Tenggelam, Ratusan Pengguna Jalan Raya Terpaksa Berbuka Puasa Dalam Kereta

Lebuhraya PLUS Di Nilai Tenggelam, Ratusan Pengguna Jalan Raya Terpaksa Berbuka Puasa Dalam Kereta

06/03/2026
0

NILAI – Ratusan pengguna Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS) berdepan detik luar biasa apabila terpaksa berbuka puasa di dalam kenderaan masing-masing selepas...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd