• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, April 25, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Anwar Tidak Mahu Ketinggalan Dimata Rakyat?

oleh Ahmad Albab
23/12/2017
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim yang semakin tersisih daripada pimpinan tertinggi Pakatan Harapan sejak ‘kedudukannya’ diambil alih oleh Tun Dr. Mahathir Mohamad mungkin kekurangan maklumat berhubung pendirian Malaysia dalam isu Baitulmaqdis.

Beliau dalam satu kenyataan dari dalam penjara yang disiarkan Biro Komunikasi PKR hari ini entah mengapa boleh mengeluarkan kenyataan mendesak kerajaan Malaysia supaya membantah keputusan Amerika Syarikat (AS) mengiktiraf Baitulmaqdis sebagai ibu kota Israel.

“Berita tentang keputusan angkuh Presiden AS, Donald Trump yang menyerahkan kota suci Baitulmaqdis kepada rejim Israel wajar dibantah umat Islam dan rakyat yang cintakan keadilan.

“Dengan itu, saya menggesa kerajaan Malaysia membantah keputusan AS sekeras-kerasnya. Perjuangan rakyat Palestin adalah perjuangan mempertahan hak rakyat yang diusir dari tanah air mereka sendiri oleh rejim Israel,” katanya.

Walhal Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak pada 7 Disember lalu dengan tegas mengumumkan Malaysia menolak sekeras-kerasnya cadangan AS untuk menjadikan Baitulmaqdis sebagai ibu negara Israel.

Rakyat Malaysia diketuai Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin Abu Bakar kemudian mengadakan tunjuk perasaan secara aman di pekarangan Kedutaan AS pada 8 Disember lalu.

Malah, satu Himpunan Putih Solidariti Selamatkan Baitulmaqdis secara besar-besaran akan diadakan di Masjid Putra, Putrajaya esok yang akan dilancarkan oleh Najib.

Paling menarik, dua parti terbesar kaum Melayu negara ini iaitu UMNO dan PAS akan berganding bahu dalam perhimpunan tersebut bagi menyatakan sokongan ke atas Palestin. – MYNEWSHUB.CC

Tags: Anwar Ibrahim
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Anwar, Prabowo Bincang Konflik Iran-Israel Melalui Panggilan Telefon

Anwar, Prabowo Bincang Konflik Iran-Israel Melalui Panggilan Telefon

24/03/2026
0

Oleh Mynewshub KUALA LUMPUR – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim memaklumkan beliau telah mengadakan perbualan telefon bersama Presiden Indonesia,...

Malaysia Sebenarnya Import Lebih Banyak Minyak Berbanding Eksport – PM Anwar 

Malaysia Sebenarnya Import Lebih Banyak Minyak Berbanding Eksport – PM Anwar 

22/03/2026
0

Oleh Mynewshub   KUALA LUMPUR - Meskipun Malaysia negara pengeluar minyak, tetapi Malaysia sebenarnya mengimport lebih banyak minyak berbanding yang...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd