• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 14, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Annuar Musa Kembali Ke MARA Hanya Khabar Angin

oleh Ahmad Albab
11/12/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Desas-desus bahawa bekas Pengerusi Majlis Amanah Rakyat (MARA) Tan Sri Annuar Musa akan kembali memegang jawatan dalam Syarikat Pelaburan MARA Berhad (PMB) adalah tidak benar.

Pengerusi Mara Datuk Dr Awang Adek Hussin berkata setakat ini beliau tidak menerima sebarang arahan rasmi berhubung perkara itu.

“Mungkin ia hanya ‘rumors’ (khabar angin)… semuanya hanya desas desus kerana secara rasminya tidak ada,” katanya pada sidang media selepas majlis pelancaran Polisi Perlindungan Pemberi Maklumat Mara dan Ikrar Bebar Rasuah (IBR) di sini, hari ini.

Pada 31 Jan lepas, MARA menggantung tugas anggota Parlimen Ketereh itu sebagai pengerusi Mara dan PMB bagi membolehkan audit dalaman agensi itu menyiasat isu penajaan PMB dan Universiti Kuala Lumpur (UniKL) untuk pasukan bola sepak Kelantan.

Pada 3 Feb lepas, Annuar memberi maklumat bagi membantu siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung dakwaan penyelewengan dan salah guna kuasa sebagai pengerusi MARA.

Sementara itu, Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) SPRM Datuk Seri Azam Baki berkata SPRM telah melengkapkan siasatan kes Annuar berhubung isu penajaan PMB dan UniKL untuk pasukan bola sepak Kelantan beberapa bulan lepas.

“Kertas siasatan telah siap dan telah dikemukakan kepada Timbalan Pendakwa Raya dan belum ada lagi keputusan.

“Pihak MARA sendiri ada melakukan siasatan dalaman dan tindakan siasatan sudah diambil jadi tunggu keputusan Timbalan Pendakwa Raya,” katanya.

Dalam pada itu, Azam berkata majikan yang mengenakan tindakan tidak wajar seperti buang kerja ke atas pekerjanya boleh dikenakan tindakan di bawah Akta Perlindungan Pemberi Maklumat 2010 iaitu membayar pampasan, mengambil pekerja terbabit bekerja semula atau boleh didakwa di mahkamah.

Terdahulu, kira-kira 600 kakitangan Mara melafazkan IBR dalam usaha menggerakkan kesedaran seluruh pimpinan dan warga Mara tentang pentingnya menolak amalan rasuah dan salah guna kuasa. Turut hadir, Ketua Pengarah Mara Datuk Azhar Abdul Manaf. – BERNAMA

Tags: Annuar Musa
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Annuar Musa Sindir ‘Rumah Bangsa’, Tapi Tuan Rumah Yang Sama 

Annuar Musa Sindir ‘Rumah Bangsa’, Tapi Tuan Rumah Yang Sama 

09/03/2026
0

Oleh Mynewshub KUALA LUMPUR – Bekas Setiausaha Agung UMNO, Tan Sri Annuar Musa menegaskan beliau tidak mempunyai sebarang sebab untuk...

Pengambilan Tanah Kampung Sungai Baru: Annuar Hantar Notis, Beri 2 Pilihan Kepada Dr Zaliha

Pengambilan Tanah Kampung Sungai Baru: Annuar Hantar Notis, Beri 2 Pilihan Kepada Dr Zaliha

10/10/2025
0

KOTA BHARU: Bekas Menteri Wilayah Persekutuan, Tan Sri Annuar Musa menyifatkan kenyataan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan), Datuk...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd