• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, May 23, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Anak Pukul Bapa Akibat Dipengaruhi Dadah

oleh Ahmad Albab
30/12/2017
dalam Jenayah, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

BUKIT MERTAJAM – Polis menahan seorang lelaki kerana mengamuk dan memukul bapanya berusia 72 tahun menggunakan sebatang kayu dalam kejadian di rumah mereka di Kubang Semang, di sini semalam.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah (SPT) ACP Nik Ros Azhan Nik Abdul Hamid berkata lelaki berumur 28 tahun itu ditahan selepas polis menerima laporan daripada bapanya berhubung kejadian yang berlaku kira-kira 3.30 petang.

“Lelaki itu ditahan sejam selepas kejadian dia tiba-tiba mengamuk dan memukul bapanya di hadapan rumah mereka. Suspek dipercayai turut menumbuk mangsa hingga rebah.

Selepas mangsa terjatuh akibat ditumbuk anaknya, suspek bertindak duduk di atas bapanya sebelum mencapai sebatang kayu dan memukul warga emas itu beberapa kali,” katanya di sini hari ini.

Katanya kejadian itu disedari seorang lagi anak mangsa yang berada di dalam rumah yang bertindak menyelamatkan bapanya sebelum warga emas berkenaan membuat laporan polis berhubung insiden tersebut.

Nik Ros Azhan berkata anak ke-10 daripada 11 beradik dan tidak bekerja itu ditahan tidak jauh dari rumahnya dan polis turut merampas kayu sepanjang 60 sentimeter yang dipercayai digunakan untuk memukul bapanya.

Katanya ujian air kencing mendapati lelaki itu positif dadah dan dia dipercayai bertindak sedemikian kerana berada di bawah pengaruh dadah.

“Mangsa yang mengalami kecederaan di bahagian tangan dan kaki kiri mendapatkan rawatan di sebuah klinik berhampiran rumahnya” katanya.

Beliau berkata suspek yang mempunyai tiga rekod lampau berkaitan dadah serta jenayah kini direman untuk membantu siasatan. – BERNAMA

Tags: anakdadah
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Pesara Polis Wanita Ditahan Selepas Dikejar Lebih 50KM, Positif Dadah

Pesara Polis Wanita Ditahan Selepas Dikejar Lebih 50KM, Positif Dadah

12/05/2026
0

Oleh Mynewshub  REMBAU – Seorang pesara polis wanita berusia 65 tahun ditahan selepas bertindak melarikan diri daripada polis dalam kejadian...

‘Ini bukanlah isu perkauman, kerana sesiapa sahaja boleh menjadi mangsa’ – MCA

‘Ini bukanlah isu perkauman, kerana sesiapa sahaja boleh menjadi mangsa’ – MCA

30/03/2026
0

KUALA LUMPUR – Naib Presiden MCA, Datuk IR Lawrence Low menggesa tindakan serius diambil terhadap isu pemandu mabuk serta mereka...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd