Wednesday, April 17, 2024

Creating liberating content

Harga Petrol Kekal

PUTRAJAYA: Harga runcit petrol RON97 kekal pada harga RM3.81 seliter bagi tempoh bermula...

Dikehendaki Kemuka Kenyataan Bela...

PUTRAJAYA – Mahkamah Persekutuan hari ini memutuskan bahawa Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim...

K’jaan Setakat Ini Belanjakan...

MARAN - Kerajaan setakat ini membelanjakan kira-kira RM800 juta menerusi Majlis Keselamatan Negara...

Mangsa Banjir Di PPS...

KUCHING - Jumlah mangsa banjir yang berada di pusat pemindahan sementara (PPS) di...

AirAsia X Terbang Ke Pulau Jeju

KUALA LUMPUR – AirAsia X memulakan penerbangan sulungnya ke Pulau Jeju, Korea Selatan berikutan kejayaan pendaratan pesawat Airbus A330-300 bernombor D7 501 di Lapangan Terbang Antarabangsa Jeju semalam.

AirAsia X menjadi satu-satunya syarikat penerbangan tambang rendah yang mempunyai hubungan terus antara Kuala Lumpur dan Jeju, selepas Seoul (Incheon) dan Busan, katanya dalam satu kenyataan.

Perkhidmatan empat kali seminggu antara Kuala Lumpur dan Jeju itu akan memperluaskan rangkaian AirAsia X di Asia Utara dan menjadikan ia sebagai satu-satunya syarikat penerbangan yang mengendalikan perkhidmatan tanpa henti antara dua bandar berkenaan.

Laluan terbaharu itu akan mengukuhkan kedudukan Kumpulan AirAsia dan AirAsia X dalam pasaran Korea Selatan dengan sejumlah 75 penerbangan mingguan serta 1,183,468 kapasiti setahun untuk penerbangan sehala.

Pengerusi AirAsia X Malaysia, Tan Sri Rafidah Aziz berkata, penerbangan terus dari Kuala Lumpur ke Jeju mempunyai potensi menjana kapasiti lebih daripada 156,000 setahun antara Kuala Lumpur dan Jeju.

“Laluan terus ini akan memudahkan pelanggan kami yang sebelum ini terpaksa melalui transit domestik.


“Korea Selatan menjadi pasaran penting bagi kami dan kami sangat menghargai sokongan besar daripada kerajaan serta pihak berkuasa di kedua-dua negara dalam menjadikan laluan eksklusif baharu ini sebagai satu kenyataan,” katanya lagi.

Bersempena dengan pelancaran destinasi terbaharu itu, AirAsia X menawarkan promosi harga penerbangan sehala, semua-dalam-tambang daripada RM249 (termasuk cukai dan yuran) dengan tempat duduk biasa, mulai hari ini sehingga 19 Dis 2017 untuk perjalanan antara 16 Dis 2017 hingga 27 Okt 2018.

Tempat duduk “flatbed” premium yang pernah memenangi anugerah sebelum ini juga boleh ditempah melalui promosi semua dalam tambang pada harga RM799. – BERNAMA

Kategori