• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, June 20, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

7 Nelayan Pulau Gaya Selamat Pulang Ke Pangkuan Keluarga

oleh Ahmad Albab
26/12/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

LABUAN – Tujuh nelayan yang dikhuatiri hilang di laut akhirnya selamat pulang ke pantai petang semalam, sekali gus melenyapkan kerisauan anggota keluarga yang menanti di Pulau Gaya, Kota Kinabalu.

Bot mereka yang terkena tiupan angin kencang dan ombak besar telah dihanyutkan hingga 97 batu nautika dari perairan barat laut Labuan, kata juragan bot Husni Kamsi, 48.

Enam lagi nelayan terlibat ialah Mulbin, 54, Romil, 32, Dadit, 23, Joppre, 21, Appril, 18 dan Alkadre, 15.

Husni berkata akibat kejadian itu, separuh bot mereka dipenuhi air dan hampir karam tetapi tindakan pantas kesemua mereka mengikat tangki kosong sebelah-menyebelah bagi mengekalkannya dalam keadaan terapung.

Mereka kemudiannya memulakan perjalanan pulang ke Pulau Gaya awal semalam dan tiba di jeti kira-kira 7 malam dalam keadaan lemah.

Pencarian di udara dan laut dimulakan pada tengah hari 24 Dis sebaik menerima laporan kehilangan bot itu.

Pengarah Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) wilayah Sabah dan Labuan Laksamana Muda Maritim Datuk Mohd Zubil Mat Som dalam kenyataan berkata Angkatan Tentera Malaysia dan sebuah kapal milik Total E&P Malaysia turut membantu dalam usaha pencarian melibatkan kawasan 875 batu nautika persegi.

Beliau berterima kasih dengan bantuan yang dihulurkan.

Manakala lima lagi nelayan yang menaiki bot kecil dan keluar ke laut pada masa sama telah diselamatkan oleh MV Executive Balance iaitu kapal milik Total E&P Malaysia.

Kesemua nelayan berkenaan dibawa ke Labuan pada 8.30 pagi ini. – BERNAMA

Tags: Nelayan
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

‘Biarpun Ada Tak Suka, Yang Penting Terus Bekerja Untuk Rakyat’

‘Biarpun Ada Tak Suka, Yang Penting Terus Bekerja Untuk Rakyat’

25/03/2026
0

KUALA LUMPUR - Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Seri Dr. Zambry Abdul Kadir menegaskan adalah menjadi kewajipan kerajaan membantu golongan nelayan...

Maritim Selamatkan Tiga Nelayan Indonesia, Bot Dinaiki Hanyut

Maritim Selamatkan Tiga Nelayan Indonesia, Bot Dinaiki Hanyut

05/07/2024
0

KUANTAN - Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Pahang berjaya menyelamatkan tiga nelayan warga Indonesia selepas bot dinaiki mereka mengalami...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd