Wednesday, May 15, 2024

Creating liberating content

Buku Tetap Sumber Utama...

PUTRAJAYA - Peranan buku perlu terus diberi keutamaan dalam era teknologi maklumat kerana...

Moral Pemain Lemah Pengadil...

KOTA BHARU - Ketua Jurulatih Kelantan, Zahasmi Ismail mengakui moral pemainnya yang lemah...

Kriteria Masuk Sekolah Berasrama...

KUALA LUMPUR - Kementerian Pendidikan mengambil kira beberapa kriteria penting dalam menentukan calon...

8 Keldai Dadah Ditahan...

SHAH ALAM - Polis berjaya mematahkan cubaan lapan lelaki warga tempatan menyeludup keluar...

4 Suspek Kes Bunuh Di Stesen Minyak Dikenal Pasti

JOHOR BAHRU – Empat suspek utama yang dipercayai terlibat dalam kes lelaki ditikam dan digilis sebuah kereta di sebuah stesen minyak di Taman Pelangi, di sini, telah dikenal pasti.

Ketua Polis Johor, Datuk Mohd Khalil Kader Mohd berkata keempat-empat suspek difahamkan masih berada dalam negara ini dan pihaknya sedang giat mengesan kesemua penjenayah berkenaan.

“Polis telah berjaya mengenal pasti empat suspek yang terlibat dalam kes ini. Usaha kesan dan tangkap suspek, sedang giat digerakkan,” katanya dalam satu kenyataan yang dipetik sebuah portal berita.

Beliau menambah, kenderaan mewah yang digunakan penjenayah iaitu sebuah kereta BWM 520i bernombor pendaftaran WB 79 L menggunakan nombor pendaftaran milik individu lain di Ipoh, Perak.

Pemilik asal juga telah berjaya dikesan di Ipoh, Perak dan selepas ditemu bual, pihak polis mendapati dia tiada kaitan dengan kes berat tersebut.


Sementara itu pihak Hospital Sultanah Aminah (HSA) mengesahkan mangsa berusia 30-an itu meninggal dunia akibat tikaman ‘stab wound the heart’ ketika kejadian.

Mohd Khalil turut mengingatkan mana-mana orang awam yang mempunyai maklumat terhadap kejadian diminta segera menyalurkan maklumat kepada Balai Polis terdekat atau menghubungi Hotline Polis Johor di talian 07-2212999 dengan kadar segera. – MYNEWSHUB.CC

Kategori