Thursday, December 7, 2023

Creating liberating content

Keluarkan Deposit, Mungkin 70...

KUALA LUMPUR - Pendeposit Tabung Haji (TH) yang mengeluarkan deposit daftar haji bersama...

Sarjan Mejar ‘Larikan’ Isteri...

POLIS sedang menyiasat kes berhubung laporan anggotanya yang didakwa melarikan isteri orang seperti...

Hanez Suraya Akui Suami...

SEMENJAK mendirikan rumah tangga, pelakon Hanez Suraya sudah jarang kelihatan muncul dalam mana-mana...

Manifesto PH Tiada Agenda...

KUANTAN - Ketua Pemuda UMNO Pahang Mohd Shahar Abdullah hari ini berkata manifesto...

4 Sekeluarga Ditahan, Heroin RM218,000 Dirampas

KOTA BHARU – Polis Kelantan menahan empat sekeluarga dan merampas 109 botol mengandungi 436 gram dadah jenis heroin bernilai RM218,000 dalam satu serbuan di sebuah rumah di Kampung Banggol Kulim, Rantau Panjang pada Isnin.

Ketua Polis Kelantan Datuk Hasanuddin Hassan berkata dalam serbuan 4 petang itu, sepasukan anggota risik Batalion Kelapan Pasukan Gerakan Am (PGA) menahan dua lelaki dan dua wanita berusia antara 16 dan 40 tahun.

“Ketika serbuan dilakukan, suspek utama iaitu seorang lelaki berusia 23 tahun bertindak menyorokkan diri di dalam bilik air rumah sebelum mencampak satu bungkusan surat khabar mengandungi dadah ke bumbung rumah jiran.

“Pasukan polis memecahkan pintu bilik air itu dan berjaya menahan suspek bersama-sama sebuah beg mengandungi separuh lagi dadah jenis sama,” katanya kepada pemberita di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kelantan di sini, hari ini.

Beliau berkata pihaknya turut menahan kakak lelaki terbabit yang berusia 40 tahun serta dua anak saudaranya iaitu seorang lelaki dan perempuan masing-masing berusia 16 dan 18 tahun yang berada di dalam rumah tersebut.

Kesemua suspek kini direman seminggu bermula semalam untuk siasatan lanjut.

Hasanuddin berkata siasatan mendapati suspek utama, yang bekerja sebagai buruh, disyaki memperoleh dadah itu daripada seorang lelaki dikenali sebagai Pak Ya yang dipercayai warganegara Thailand.


Suspek dipercayai menjalankan aktiviti itu sejak dua bulan lepas dengan mendapat upah sebanyak RM250 bagi setiap kali menyimpan dan mengedarkan dadah berkenaan untuk pasaran tempatan, katanya.

Sementara itu, Hasanuddin berkata sebanyak 13,838 kes berkaitan dadah direkodkan sejak awal Januari sehingga semalam membabitkan tangkapan seramai 16,334 orang dengan nilai keseluruhan dadah sebanyak RM11.7 juta.

“Rampasan itu mampu menyekat bekalan dadah diedarkan kepada lebih kurang 1.5 juta penagih di negeri ini,” katanya. – BERNAMA

Kategori