• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, September 28, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

4 Lelaki Ditahan Kes Gaduh Di Bukit Pelanduk

oleh Ahmad Albab
dalam Jenayah, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

SEREMBAN – Polis menahan empat lelaki di dua lokasi berasingan di sekitar Port Dickson dekat sini, bagi membantu siasatan berhubung kes pergaduhan sehingga mencederakan seorang mangsa di Jimah Power Plant, Bukit Pelanduk, Port Dickson, kira-kira 4 petang semalam.

Ketua Polis Daerah Port Dickson, Supt Zainudin Ahmad berkata tiga suspek ditahan kira-kira 6 petang semalam, berhampiran Plaza Tol Port Dickson arah Utara, selepas polis mengejar kereta jenis Toyota Camry yang dinaiki suspek.

“Seorang lagi suspek yang merupakan seorang peniaga dan dipercayai dalang kes pergaduhan itu ditahan di sebuah kedai berhampiran dengan Jimah Power Plant, Bukit Pelanduk pada 10.15 malam,” katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.

Zainudin berkata hasil siasatan awal mendapati dalang kes pergaduhan itu dipercayai mengupah tiga suspek lain untuk memukul mangsa yang berniaga berhampiran gerainya.

“Dalang pergaduhan ini memberi maklumat terperinci kepada tiga suspek tersebut seperti gambaran fizikal serta kereta dinaiki mangsa bagi memudahkan mereka melakukan kerja.

“Semasa kejadian, dua suspek turun dari kenderaan dinaiki mereka dan memukul mangsa menggunakan parang manakala seorang lagi suspek tunggu di dalam kereta. Kejadian itu menyebabkan mangsa seorang lelaki berusia 32 tahun cedera di pergelangan tangan dan kepala,” katanya.

Berdasarkan siasatan awal, Zainudin berkata punca pergaduhan dipercayai disebabkan dalang kes pergaduhan itu tidak berpuas hati dengan perniagaan mangsa yang lebih maju darinya lalu mengupah tiga suspek untuk memukul mangsa dengan ganjaran RM1,000.

“Berdasarkan soal siasat, ketiga-tiga suspek mengaku diupah dalang kes pergaduhan yang menjalankan perniagaan menjual minuman keras, rokok serta makanan, namun soal siasat lanjut akan dibuat selepas mendapat permohonan reman kelak,” katanya.

Beliau berkata berdasarkan semakan rekod mendapati dua daripada tiga suspek yang diupah dalang pergaduhan itu mempunyai rekod jenayah lampau.

Katanya polis turut merampas 21 minuman keras pelbagai jenama, lima telefon bimbit, dua bilah parang panjang, sebuah kereta Toyota Camry dan 24 bungkus kotak rokok seludup pelbagai jenama.

Zainudin berkata polis menasihatkan agar peniaga yang membuka gerai di kawasan Jimah Power Plant supaya mendapatkan lesen perniagaan daripada pihak berkuasa tempatan dan jika tidak berbuat demikian pihak polis akan mengambil tindakan. – BERNAMA

Tags: kes gaduhpolis
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Bekas Exco Kerajaan Negeri Sembilan Beri Keterangan Kepada Polis Bukit Aman

Bekas Exco Kerajaan Negeri Sembilan Beri Keterangan Kepada Polis Bukit Aman

28/09/2026
0

SEREMBAN - Semua 10 bekas Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (EXCO) Negeri Sembilan memberi keterangan kepada pasukan polis Bukit Aman...

Insya-Allah 90% Anggota Tentera, Polis Sokong BN Seperti PRN Johor – Asyraf Wajdi

Insya-Allah 90% Anggota Tentera, Polis Sokong BN Seperti PRN Johor – Asyraf Wajdi

28/07/2026
0

SEREMBAN – Setiausaha Agung UMNO, Datuk Dr. Asyraf Wajdi Dusuki mengucapkan selamat mengundi kepada semua anggota keselamatan yang menunaikan tanggungjawab...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd