• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 15, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

3 Lelaki Didakwa Membunuh Remaja Lelaki

oleh Ahmad Albab
19/12/2017
dalam Jenayah, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

MELAKA – Tiga lelaki termasuk bapa saudara didakwa di Mahkamah Majistret di Ayer Keroh di sini, hari ini atas pertuduhan membunuh seorang remaja lelaki berusia 16 tahun, awal bulan ini.

J. Visvanathan, 32; K. Shanmuganathan, 35; dan N. Thiagu, 38, didakwa bersama-sama membunuh pelajar tingkatan empat, M. Arunasalam, di sebuah bengkel membaiki lori di Lot 5194, Jalan PK 42, Kawasan Perindustrian Krubong di sini, antara 5 petang dan 8 malam, 4 Dis lepas.

Ketiga-tiga tertuduh yang bekerja sebagai pemandu lori didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan dan dibaca bersama Seksyen 34 kanun sama yang membawa hukuman mati mandatori, jika sabit kesalahan.

Tiada pengakuan direkodkan daripada kesemua tertuduh di hadapan Majistret Norina Maludin, kerana kes berkenaan merupakan bidang kuasa Mahkamah Tinggi.

Mahkamah menetapkan 17 Jan depan untuk sebutan semula kes sementara menunggu laporan kimia dan ketiga-tiga tertuduh dibawa ke Penjara Sungai Udang.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Muhammad Azri Zakaria manakala Shanmuganathan diwakili peguam Mathan Anandaram dan dua lagi tertuduh tidak diwakili peguam.

Media sebelum ini melaporkan satu klip video tular sejak awal Disember ini, memaparkan mangsa dari Tangkak, Johor dalam keadaan tidak berbaju, dipercayai dipukul beberapa individu menggunakan getah paip dan kayu.

Remaja itu yang didakwa ditemukan dalam keadaan cedera parah dan tidak sedarkan diri di sebuah perhentian bas di Ayer Keroh oleh dua individu, dikejarkan ke Hospital Melaka sebelum disahkan meninggal dunia. – BERNAMA

Tags: kes bunuhremaja
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Lelaki Dipercayai Bunuh Emak, Isteri Dan Dua Anak Sebelum Bunuh Diri

Lelaki Dipercayai Bunuh Emak, Isteri Dan Dua Anak Sebelum Bunuh Diri

17/02/2026
0

KUANTAN: Seorang lelaki dipercayai membunuh ibu, isteri dan dua anak perempuan sebelum membunuh diri di sebuah rumah di Taman Cherating...

Penjual Lembu Didakwa Bunuh Cikgu Sekolah Rendah

Penjual Lembu Didakwa Bunuh Cikgu Sekolah Rendah

06/02/2026
0

BANDAR BARU BANGI - Seorang penjual lembu didakwa di Mahkamah Majistret di sini pada Jumaat atas satu pertuduhan membunuh rakan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd