Monday, July 22, 2024

Creating liberating content

Waris AR Tompel Tuntut...

KUALA LUMPUR: Waris kepada pelakon Allahyarham AR Tompel telah membuat tiga tuntutan dalam...

KLIA Antara 9 Lapangan...

KUALA LUMPUR - Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) menjadi lapangan terbang kesembilan...

Oktober Diisytihar Bulan Kaunseling...

PUTRAJAYA - Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat mengisytiharkan Oktober sebagai bulan kaunseling...

Pistol Diacu Kepala, Pemain...

PEMAIN pertahanan Deportivo Cali, Juan Quintero terselamat daripada kecederaan apabila kenderaannya ditembak. Insiden tembak...

20 Premis Makanan Diberi Notis Tutup Sementara

LABUAN – Jabatan Kesihatan Labuan mengeluarkan notis penutupan sementara kepada sekurang-kurangnya 20 premis makanan kerana melanggar Akta Makanan 1983 (Seksyen 11) setakat ini untuk tahun ini.

Pengarahnya Dr Ismuni Bohari berkata pihaknya turut mengeluarkan 59 kompaun bernilai RM47,650 untuk pelbagai kesalahan bawah Peraturan Kebersihan Makanan dari Januari hingga hari ini, menerusi 33 operasi dengan 232 premis diperiksa.

“Ketika operasi dijalankan, kami telah mengambil 276 contoh makanan daripada 883 jenis makanan diperiksa dan daripada itu, kami merampas 377 makanan yang bernilai RM1,719.80 kerana piawaian kebersihan yang rendah, penyimpanan makanan yang rosak, tamat luput dan tidak betul,” katanya pada sidang media hari ini.

Beliau berkata kempen pendidikan kesedaran haruslah berterusan bagi memastikan operator makanan dan peruncit mematuhi sepenuhnya Peraturan Kebersihan Makanan 2009 dan Peraturan Makanan 14(9)(b) 1985, jika gagal boleh dikompaun RM3,500 atau denda tidak lebih RM5,000 atau dua tahun penjara mengikut Peraturan 397(2) peraturan sama.

Katanya pelbagai langkah telah diambil bagi memastikan pengusaha makanan sentiasa bersih dan mematuhi Peraturan Kebersihan Makanan, termasuk berkaitan pengeluaran sijil premis makanan. – BERNAMA

Kategori