• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, June 20, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

2 Maut, 7 Cedera Kemalangan Di Muadzam Shah

oleh Ahmad Albab
04/12/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

ROMPIN – Dua maut manakala tujuh lagi cedera dalam satu kemalangan melibatkan tiga kenderaan di Kilometer 102.8, Jalan Kuantan-Segamat, Muadzam Shah, di sini, petang semalam.

Dalam kejadian pada 5 petang itu, pemandu kereta Perodua jenis Alza, Jamaludin Basri, 56, dari Taman Mewah, Simpang Renggam, Johor dan anak perempuannya, Hanis Syahirah, 19, yang duduk di bahagian belakang sebelah kanan maut di tempat kejadian.

Ketua Polis Daerah Rompin DSP Azli Mohd Noor berkata, tiga lagi penumpang kereta tersebut iaitu isteri Jamaludin, Rozita Manan, 50, yang duduk di bahagian penumpang hadapan dan dua lagi anak perempuan mereka, Hanis Nazira, 17, dan Hanis Humaira, 12, cedera parah di bahagian muka dan kepala.

Menurutnya, empat lagi mangsa yang cedera ialah pemandu Proton Exora, Yusoff Mat Mohidin, 35, bersama isterinya, Farizan Subian, 35, serta dua anak mereka, Nur Farisya, 6, dan Muhammad Fariz Izuan, 9.

Seorang lagi anak Yusoff, Muhammad Zaquwan berusia setahun dan pemandu lori tangki bahan kimia (kosong) tidak mengalami sebarang kecederaan,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Menurutnya siasatan awal mendapati kemalangan dipercayai berlaku apabila lori tangki yang dipandu Mohd Fadzil Mohd Jailan, 46, menghala dari arah Kuantan ke Segamat tidak sempat mengelak sebuah kenderaan (tidak dikenal pasti) dari arah bertentangan membelok masuk ke simpang sebelah kanan (ke Petronas) secara mengejut.

“Pemandu lori hilang kawalan dan terbabas masuk ke laluan bertentangan sebelum merempuh Proton Exora yang berada di laluan simpang masuk ke Petronas dan kemudiannya merempuh pula Perodua Alza yang sedang menghala ke arah Kuantan.

“Akibat rempuhan tersebut, lori tangki tersebut terbalik ke sebelah kiri dan menghempap sebahagian Perodua Alza dinaiki lima sekeluarga itu,” katanya ketika dihubungi di sini.

Azli berkata, Proton Exora yang dinaiki lima sekeluarga berasal dari Taman Sri Bertam, Melaka itu juga telah berpusing dan masuk kembali ke jalan menghala ke Kuantan.

“Kesemua mangsa yang cedera dibawa ke Hospital Muadzam Shah bagi tujuan rawatan manakala bedah siasat ke atas dua mayat mangsa akan dilakukan pada hari ini,” katanya.

Katanya lagi, siasatan di tempat kejadian mendapati terdapat kesan brek lori tangki sepanjang lapan meter di atas permukaan jalan selain serpihan komponen kenderaan berada di kedua-dua laluan.

“Tempat kejadian merupakan dua lorong dua hala, jalan berturap tar, bahu jalan tidak berturap, permukaan jalan rata, cuaca baik dan keadaan cerah manakala di tengah jalan terdapat dua garisan putih putus-putus sebagai pembahagi jalan. – BERNAMA

Tags: cederakemalangan maut
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Tragedi Simpang Renggam Bukan Isu Kaum – Harith Iskander

Tragedi Simpang Renggam Bukan Isu Kaum – Harith Iskander

03/06/2026
0

KUALA LUMPUR – Pelawak dan pengacara terkenal, Harith Iskander menggesa masyarakat supaya tidak mempolitikkan tragedi kemalangan maut di Simpang Renggam...

Kemalangan Maut: Rayer Minta AG Jelaskan Perbezaan Tindakan Undang-Undang

Kemalangan Maut: Rayer Minta AG Jelaskan Perbezaan Tindakan Undang-Undang

02/04/2026
0

KUALA LUMPUR - Ahli Parlimen Jelutong, RSN Rayer menyokong tindakan tegas yang telah diambil terhadap pemandu kereta dipercayai memandu dibawah...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd