• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, May 19, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

2 Lelaki Mengaku Tak Salah Urus Rumah Persundalan

oleh Ahmad Albab
29/12/2017
dalam Jenayah, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KOTA KINABALU – Dua lelaki hari ini mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen atas pertuduhan mengurus rumah persundalan.

Tay Leong Hee, 52, dan Tay Tian Chuan,45, dituduh melakukan kesalahan itu di Tingkat 2, hotel Promenade, No.4, Lorong Api-Api 3, Api-Api Centre, kira-kira 8.44 malam, pada 23 Nov lalu.

Kedua-duanya didakwa mengikut Seksyen 373 (1)(a) Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara sehingga 15 tahun dan boleh dikenakan denda.

Hakim Mahkamah Sesyen Noor Hafizah Mohd Salim yang mendengar kes itu memerintahkan kedua-dua tertuduh itu dikenakan ikat jamin 20,000 setiap seorang dengan seorang penjamin tempatan.

Kedua-dua tertuduh juga diperintahkan menyerahkan pasport mereka kepada mahkamah serta melaporkan diri di pejabat Jabatan Imigresen sebulan sekali.

Hakim Noor Hafizah juga menetapkan 10 Jan 2018 untuk pengurusan kes.

Pendakwaan dijalankan Timbalan Pendakwa Raya Fazril Sani Mohd Fadzil manakala Tay Leong Hee dan Tay Tian Chuan masing-masing diwakili peguam Datuk Chaw Chin Tang dan Adrian Cham Chee Kong.

Kedua-dua tertuduh adalah antara empat yang ditahan Jabatan Imigresen Sabah dalam Ops Gegar di hotel berkenaan pada 23 Nov lalu.

Dalam operasi itu, Jabatan Imigresen turut menemukan dan merampas wang tunai sebanyak RM14.5 juta. – BERNAMA

Tags: mahkamahpusat pelacuran
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

‘Najib Tetap Ingat Rakyat, Sampaikan Salam Kasih Kepada Semua’ – Sempat Kongsi Pendapat Hal Harga Minyak

‘Najib Tetap Ingat Rakyat, Sampaikan Salam Kasih Kepada Semua’ – Sempat Kongsi Pendapat Hal Harga Minyak

11/04/2026
0

KUALA LUMPUR – Anak kepada bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, Datuk Mohd. Nazifuddin berkongsi detik menyentuh hati...

Ibu Tunggal Didenda RM2,000 Miliki  100 Bahan Lucah Dalam Telefon

Ibu Tunggal Didenda RM2,000 Miliki 100 Bahan Lucah Dalam Telefon

09/04/2026
0

BACHOK - Seorang ibu tunggal didenda RM2,000 oleh Mahkamah Majistret di sini kerana memiliki kira-kira 100 bahan lucah dalam telefon...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd