• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, June 20, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

15 Rumah Setinggan Di Kg. Baru Musnah Terbakar

oleh Ahmad Albab
29/12/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Sebanyak 15 rumah setinggan musnah dalam kebakaran di Jalan Raja Muda Musa, Kampung Baru di sini hari ini.

Ia menyebabkan asap tebal menyelubungi kawasan itu yang terletak di tengah-tengah ibu kota dan dapat dilihat beberapa kilometer dari lokasi kebakaran.

Operasi memadamkan api membabitkan 50 pegawai dan anggota bomba yang turut dibantu penduduk dan orang ramai.

Ketua Cawangan Pengurusan Operasi Bomba dan Balai Bahagian Operasi Kuala Lumpur Ahmad Adli Abdul Rahman berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan mengenai kejadian itu pada 9.39 pagi, dan api berjaya dikawal pada 10.12 pagi.

“Tiada kecederaan atau kemalangan jiwa dilaporkan dalam kejadian itu,” katanya kepada pemberita di lokasi kejadian.

Sementara itu, Menteri Kewangan Kedua Datuk Seri Johari Abdul Ghani berkata kesemua mangsa akan ditempatkan buat sementara di kediaman Program Perumahan Rendah (PPR) yang akan ditetapkan.

Anggota Parlimen Titiwangsa itu berkata beliau difahamkan kejadian berpunca daripada sebuah rumah yang disewakan sebelum ia kemudiannya merebak ke rumah lain.

“Saya nasihatkan penyewa rumah agar tidak membuat sebarang penyambungaan wayar elektrik tanpa pengetahuan pihak Tenaga Nasional Berhad,” katanya yang ditemui pemberita ketika melawat lokasi kejadian. – BERNAMA

Tags: kebakaranRumah Setinggan
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Identiti Lima Sekeluarga Terkorban Dalam Kebakaran Ulu Dong Disahkan

Identiti Lima Sekeluarga Terkorban Dalam Kebakaran Ulu Dong Disahkan

26/02/2026
0

Raub: Polis mengesahkan identiti lima sekeluarga yang terkorban dalam tragedi kebakaran di Kampung Pamah Kulat, Ulu Dong, awal pagi tadi....

Bapa Nekad Redah Api Selamatkan Anak, Isteri, Cedera Melecur Pada Muka, Badan

Bapa Nekad Redah Api Selamatkan Anak, Isteri, Cedera Melecur Pada Muka, Badan

15/02/2026
0

KOTA BELUD: Seorang bapa melecur pada muka dan badan selepas nekad meredah api bagi menyelamatkan isteri serta tiga anaknya dalam...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd