• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, October 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

13,736 Mangsa Banjir Kelantan Ditempat Di PPS

oleh Ahmad Albab
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KOTA BHARU – Jumlah mangsa banjir di Kelantan bertambah kepada 13,736 orang setakat 8 pagi ini berbanding 13,614 mangsa pada 9 malam tadi.

Kesemua mangsa ditempatkan di 61 Pusat Pemindahan Sementara (PPS) di enam jajahan iaitu Kota Bharu, Pasir Mas, Tumpat, Tanah Merah, Pasir Puteh dan Gua Musang.

Menurut aplikasi infobanjir Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), Pasir Mas masih merekodkan jumlah tertinggi dengan 9,236 mangsa daripada 3,909 keluarga yang ditempatkan di 36 PPS, diikuti Tumpat dengan 3,302 mangsa (1,152 keluarga) di lapan PPS.

Selain itu, 814 mangsa (242 keluarga) ditempatkan di lapan PPS di Pasir Puteh, 200 mangsa (61 keluarga) di tiga PPS di Kota Bharu, 100 mangsa (23 keluarga) di tiga PPS di Gua Musang dan tiga PPS di Tanah Merah menempatkan 84 mangsa (24 keluarga).

Portal infobanjir.water.gov.my Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) pula melaporkan paras air di Sungai Golok di Rantau Panjang meningkat kepada 10.34 meter pada 8 pagi ini berbanding 10.24 meter pada 9 malam tadi. Paras bahaya ialah sembilan meter.

Paras air Sungai Golok di Kuala Jambu, Tumpat pula menurun kepada 3.55 meter berbanding 3.66 meter pada 9 malam tadi. Paras bahaya 2.50 meter.

Sementara itu, portal eBanjir Kelantan, ebanjir.kelantan.gov.my melaporkan tiada jalan utama ditutup kepada kenderaan setakat 8 pagi ini dan cuaca mendung. – BERNAMA

Tags: BanjirKelantan
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

PMX Anwar Arah Kedutaan Guna Segala Sumber Bantu Rakyat Malaysia Terjejas Banjir Nepal-China

PMX Anwar Arah Kedutaan Guna Segala Sumber Bantu Rakyat Malaysia Terjejas Banjir Nepal-China

27/08/2026
0

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengarahkan misi diplomatik Malaysia menggunakan segala sumber yang diperlukan bagi membantu...

Hampir 900 Ekor Ular Termasuk Tedung Berbisa Terlepas Dari Ladang

Hampir 900 Ekor Ular Termasuk Tedung Berbisa Terlepas Dari Ladang

11/07/2026
0

Oleh Mynewshub  BEIJING – Penduduk sebuah kampung di selatan China berdepan ancaman baharu selepas dianggarkan sehingga 900 ekor ular terlepas...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd