• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, May 26, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Wisma Radio Sabah Diwarta Sebagai Khazanah Negeri

oleh AK-47
24/11/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KOTA KINABALU – Persatuan Alumni Radio Sabah (Rasa) berterima kasih kepada kerajaan negeri kerana mewartakan bangunan lama Wisma Radio Sabah (WRS) di kilometer 2.4 Jalan Tuaran di sini, sebagai sebuah bangunan khazanah budaya.

Presidennya Datuk Gan Po Tiau berkata Ketua Menteri Sabah Tan Sri Musa Aman telah membuat keputusan bijak ketika membentangkan Bajet Negeri 2018 bagi memulihara kesan dan peninggalan sejarah sebagai bangunan warisan budaya yang berpotensi dipromosikan sebagai produk pelancongan negeri ini.

“Bagi pihak Rasa, saya mengalu-alukan langkah untuk memulihara dan mengekalkan bangunan WRS dan menganggap ia sebagai hadiah istimewa kepada persatuan kami.

“WRS bukan sahaja mempunyai nilai nostalgia yang tinggi kepada kami mantan penyiar, tetapi bangunan tersebut tidak ternilai harganya dari segi sejarah kerana ia pernah dijadikan pejabat Suruhanjaya Cobbold pada Februari 1962 iaitu kira-kira setahun tujuh bulan sebelum pengisytiharan pembentukan Malaysia pada 16 Sept 1963,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Beliau berkata Sabah sememangnya kaya dengan khazanah alam semula jadi yang wajar dinikmati oleh masyarakatnya sepanjang masa dan ditambah dengan wujudnya kesan dan peninggalan sejarah yang perlu dipulihara serta dikekalkan untuk tatapan generasi akan datang.

“Rasa memang memperjuangkan pengekalan dan pemuliharaan warisan sejarah ini dan apa yang bakal dilakukan oleh kerajaan negeri untuk mewartakan WRS sebagai bangunan dan tapak khazanah budaya adalah tepat pada masanya memandangkan bangunan itu semakin terbiar dan dalam keadaan amat menyedihkan.

“Kami syorkan supaya pihak kementerian berwajib segera memagari kawasan tersebut sebagai kawasan larangan bagi memastikan tiada lagi aktiviti pencerobohan berlaku,” katanya.

Dalam pada itu, Gan berkata Rasa menyambut baik Enakmen Warisan Budaya Negeri 2017, yang diluluskan pada persidangan DUN semalam, yang mencerminkan kesungguhan dan keprihatinan kerajaan negeri dalam pemuliharaan dan pemeliharaan khazanah negeri.

Beliau turut melahirkan ucapan tahniah kepada kerajaan negeri pimpinan Musa atas kejayaan membentangkan bajet lebihan selama empat tahun berturut-turut yang jelas membuktikan prestasi cemerlang pentadbiran negeri dalam membawa pembangunan menyeluruh dan terus menekankan kepentingan rakyat berbagai peringkat. – BERNAMA

Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Penilaian Pasca-Latihan Ketenteraan Akan Dilaksanakan – MKN

Penilaian Pasca-Latihan Ketenteraan Akan Dilaksanakan – MKN

26/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Majlis Keselamatan Negara (MKN) memaklumkan, penilaian pasca-latihan ketenteraan akan dilaksanakan bagi meneliti keberkesanan serta sebarang impak yang...

‘Menolak DAP Bukan Bermakna Menolak Kaum Cina’

‘Menolak DAP Bukan Bermakna Menolak Kaum Cina’

26/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Menolak DAP tidak bermakna menolak kaum Cina kerana politik dan kaum merupakan dua perkara berbeza. Exco Pengajian...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd