• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, July 10, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Waris Perlu Tampil Jika Peminjam PTPTN Meninggal

oleh AK-47
07/11/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

REMBAU – Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) meminta waris kepada peminjam tabung berkenaan yang meninggal dunia supaya tampil memaklumkan perkara berkenaan bagi tujuan pelupusan hutang.

Pengurus Besar Kanan, Jabatan Pemasaran dan Komunikasi Strategik PTPTN, Abdul Ghaffar Yusop berkata ini penting bagi memastikan waris tidak dibebani hutang memandangkan pinjaman tersebut dilindungi Skim Perlindungan Takaful Berkelompok.

“Melalui manfaat Skim Perlindungan Takaful Berkelompok Pinjaman Pendidikan PTPTN, kesemua pinjaman itu diselesaikan sepenuhnya oleh syarikat insurans dan pada masa sama waris akan menerima khairat kematian RM1,500.

“Jadi, waris tidak perlu membayar hutang peminjam yang meninggal dunia atau mengalami keilatan kekal kerana semuanya dilindungi sepenuhnya takaful,” katanya selepas majlis penyerahan manfaat takaful dan khairat kematian kepada waris Muhamad Zaki Abu Hassan, 39, yang maut kemalangan di Labu, Seremban, 19 Jun lepas.

Pada majlis itu, Abdul Ghaffar menyerahkan cek berjumlah RM127,515.12 kepada isteri Muhamad Zaki, Sarina Abdul Manap, 40, di kediamannya di sini, hari ini.

Mengulas lanjut, Abdul Ghaffar berkata sehingga 31 Okt lepas, 7,647 peminjam mendapat manfaat perlindungan takaful berjumlah RM124.87 juta, melibatkan soal kematian dan hilang upaya kekal.

PTPTN, beliau berkata sentiasa menitikberatkan kebajikan peminjamnya, dan Skim Pinjaman Pendidikan PTPTN dengan perlindungan takaful berkelompok dibuat bertujuan melindungi peminjam sekiranya berlaku kematian atau hilang upaya kekal.

“Seperti Allahyarham Muhamad Zaki, beliau graduan sarjana muda Universiti Teknologi Mara (UiTM) Shah Alam, dan semasa hayatnya arwah mempunyai hutang pinjaman berjumlah RM36,281. Namun kerana manfaat perlindungan takaful berkelompok, kesemua pinjaman itu selesai sepenuhnya,” katanya.

Selain menjadi peminjam PTPTN, beliau berkata Muhamad Zaki juga pendeposit akaun Skim Simpanan Pendidikan Nasional (SSPN-i Plus) untuk tiga anaknya berusia dua hingga 11 tahun, sekali gus melayakkan menerima manfaat perlindungan takaful akibat kemalangan RM40,000 bagi setiap akaun dan RM2,500 khairat kematian bagi setiap akaun.

“Pada masa sama waris turut menerima nilai tunai bagi simpanan takaful sebanyak RM5.04 bagi setiap akaun. Jumlah keseluruhan manfaat takaful dan khairat kematian serta nilai tunai diterima waris kerana arwah merupakan pendeposit SSPN-i Plus adalah berjumlah RM127,515.12,” katanya.

Abdul Ghaffar berkata sehingga 30 Sept lepas, sebanyak 134,848 akuan SSPN-i Plus dibuka membabitkan jumlah deposit terkumpul sebanyak RM47.4 juta dengan manfaat perlindungan takaful sehingga RM6.2 bilion. – BERNAMA

Tags: Abdul Ghaffar YusopPTPTN
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

PMX Mungkin Maksudkan Pemimpin PH, Sombong Tak Fikir Orang Bawah Nak Harga Barang Turun – Shahrol Shiro

PMX Mungkin Maksudkan Pemimpin PH, Sombong Tak Fikir Orang Bawah Nak Harga Barang Turun – Shahrol Shiro

18/06/2026
0

JOHOR BAHRU – Pelakon Shahrol Shiro tampil dengan kenyataan sinis berhubung ucapan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menggesa rakyat...

Adam Adli Jadi ‘Bahan Lawak’ Netizen

Adam Adli Jadi ‘Bahan Lawak’ Netizen

16/12/2025
0

KUALA LUMPUR: Pelantikan Adam Adli Abdul Halim sebagai Timbalan Menteri Pendidikan Tinggi (KPT) mencetuskan gelombang reaksi di media sosial, namun...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd