• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, May 27, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Vingada Kekal 16 Pemain Menentang Korea Utara

oleh AK-47
02/11/2017
dalam Sukan, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Ketua jurulatih skuad kebangsaan, Nelo Vingada mengekalkan sebahagian besar daripada pemain untuk dua aksi kelayakan Piala Asia 2019 menentang Korea Utara di Stadium I-Mobile, Buriram, Thailand minggu depan.

Jurulatih berasal dari Portugal itu, mengekalkan 16 pemain daripada skuad yang tewas 2-0 kepada Hong Kong pada 10 Oktober lalu, bagi senarai 24 pemain untuk kem latihan kali ini.

Dalam pada itu, lapan pelatih digugurkan iaitu penjaga gol, Ifwat Akmal Chek Kassim, Khairul Helmi Johari, Akram Mahinan, Mohd Fitri Omar dan Mohd Syazwan Zainon, semua dari Kedah, Amirulhadi Zainal (Johor Darul Ta’zim-JDT)) serta Matthew Davies (Pahang) dan Shahrel Fikri Md Fauzi (PKNP FC) yang mengalami kecederaan.

Sebagai ganti, Vingada , yang juga merupakan pengurus pasukan skuad Harimau Malaya, telah menyenaraikan penyerang skuad bawah-22 kebangsaan, Syafiq Ahmad (Kedah) serta tujuh pemain JDT iaitu penjaga gol, Izham Tarmizi Roslan, Fadhli Shas, Fazly Mazlan, Junior Eldstal, Afiq Fazail, S. Kunanlan dan Azrif Nasrulhaq Badrul Hisham.

Bagi kem latihan pusat kali ini, 10 pemain dari Perak, Pahang, Selangor, Felda United dan Pulau Pinang perlu melaporkan diri pada Sabtu ini di Wisma FAM, manakala baki 14 pemain dari JDT dan Kedah perlu melaporkan diri pada Isnin, kerana terlibat dengan perlawanan akhir Piala Malaysia 2017 di Stadium Shah Alam, malam Sabtu ini.

Skuad Harimau Malaya akan berlepas ke Buriram melalui Bangkok pada Selasa depan, untuk dua aksi menentang Korea Utara, dengan negara Asia Timur itu menjadi tuan rumah pada 10 November, manakala Malaysia menjadi tuan rumah pada 13 November.

Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) bulan lalu bersetuju supaya perlawanan tersebut dimainkan di gelanggang berkecuali, selepas tiga kali di tangguhkan sejak Mac lalu berikutan ketegangan hubungan diplomatik kerana pembunuhan Kim Jong-nam, abang kepada pemimpin Korea Utara Kim Jong-un di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2 (klia 2) pada 13 Februari lalu.

Dengan berbaki tiga perlawanan lagi, Malaysia menduduki tangga tercorot Kumpulan B selepas hanya meraih satu mata selepas seri menentang Hong Kong dan tewas kepada Hong Kong pada perlawanan timbal balik dan Lebanon.

Lebanon berada di kedudukan teratas dengan 10 mata selepas empat perlawanan, diikuti oleh Hong Kong (lima mata) dan dua mata oleh Korea Utara.

Senarai 24 pemain:
————————–
Safiq Rahim, Ahmad Hazwan Bakri, Darren Lok, Nazmi Faiz Mansor, Safawi Rasid, Fadhli Shas, Fazly Mazlan, Izham Tarmizi Roslan, Junior Eldstal, Afiq Fazail, S. Kunanlan dan Azrif Nasrulhaq Badrul Hisham dari JDT.

Hafizul Hakim Khairul Nizam Jothy, Shahrom Abdul Kalam, Nazirul Naim Che Hashim, Amirul Azhan Aznan (Perak), Baddrol Bakhtiar, Syafiq Ahmad (Kedah), Kiko Insa, Nor Azam Abdul Azih (Pahang), Khairulazhan Khalid, Adam Nor Azlin (Selangor), Wan Zack Haikal Wan Nor (Felda United) dan Syamer Kutty Abba (Pulau Pinang). – BERNAMA

Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Tunku Mahkota Ismail Ucap Selamat Menyambut Aidiladha

Tunku Mahkota Ismail Ucap Selamat Menyambut Aidiladha

26/05/2026
0

JOHOR BAHRU - Pemangku Sultan Johor, Tunku Mahkota Ismail menzahirkan ucapan Selamat Hari Raya Aidiladha kepada seluruh umat Islam. Baginda...

Kerajaan Johor Akan Terus Beri Kerjasama Kepada ATM – Onn Hafiz

Kerajaan Johor Akan Terus Beri Kerjasama Kepada ATM – Onn Hafiz

26/05/2026
0

JOHOR BAHRU - Kerajaan Johor akan terus memberikan sokongan dan kerjasama sewajarnya kepada Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dalam melaksanakan tanggungjawab...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd