• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, October 17, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Unit TNB Bangunkan Stesen Janakuasa Mini Hidro

oleh AK-47
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Unit milik penuh Tenaga Nasional Bhd, TNB Energy Services Sdn Bhd (TNBES), menandatangani perjanjian pemegangan saham dengan Metrosphere Sdn Bhd (Metrosphere) bagi membangun dan membina sebuah stesen mini janakuasa hidro empat megawatt (MW) di Sungai Tersat, Kuala Berang, Terengganu menerusi syarikat usaha sama (JV).

Dalam satu kenyataan kepada Bursa Malaysia hari ini, TNB berkata TNBES dan Metrosphere masing-masing menguasai 49 peratus dan 51 peratus kepentingan dalam syarikat JV itu – Syarikat Metrosphere Hydro Tersat Sdn Bhd.

“Stesen mini hidro itu dijangkakan siap menjelang akhir 2019, dan akan meningkatkan kapasiti kuasa hidro kecil TNB daripada 17.96MW kepada 21.96MW,” katanya.

Dioperasikan menerusi Skim Galakkan Tarif (FiT) selama 21 tahun pada harga RM0.25 satu kilowatt-jam (kWh), stesen itu dijangka menjana 25 gigawatt-jam (GWh) elektrik setahun dengn anggaran hasil sebanyak RM5 juta setahun.

“Syarikat usaha sama itu merancang untuk mengenal pasti tapak yang berpotensi untuk pembangunan kuasa hidro kecil di Malaysia, tertakluk kepada kelulusan skim FiT,” kata syarikat itu.

Metrosphere ialah syarikat pegangan pelaburan dengan minat khusus dalam projek tenaga boleh baharu. – BERNAMA

Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Hayati Makna Sujud, Jauhi Sombong Dan Kezaliman – Ismail Lasim

Hayati Makna Sujud, Jauhi Sombong Dan Kezaliman – Ismail Lasim

16/10/2026
0

KUALA PILAH – Penghayatan terhadap solat perlu diterjemahkan melalui akhlak yang baik, sikap menghormati hak sesama manusia serta menjauhi kesombongan,...

“Go Away. Don’t See Me. I Don’t Want To See You” – Tuanku Muhriz Tegur Menteri Besar Negeri Sembilan

“Go Away. Don’t See Me. I Don’t Want To See You” – Tuanku Muhriz Tegur Menteri Besar Negeri Sembilan

16/10/2026
0

SEREMBAN - Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Muhriz Tuanku Munawir, secara terbuka menegur Menteri Besar, Datuk Ismail Lasim berhubung...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd