• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, May 4, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

UMNO Komited Bantu Rakyat Setiap Masa

oleh Ahmad Albab
21/11/2017
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

PEKAN – Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata kedudukan UMNO kini semakin kukuh berbanding pakatan pembangkang yang berada dalam keadaan ‘kuchalana’ akibat dilanda pelbagai masalah.

Presiden UMNO itu berkata situasi itu membolehkan UMNO menerusi jenteranya termasuk Biro Kebajikannya terus bergerak mendekati rakyat membantu golongan yang memerlukan di seluruh negara terutama masyarakat di luar bandar.

“Kita lihat pembangkang sekarang dalam keadaan ‘kuchalana’ biarlah dia terus ‘kuchalana’ namun kita parti UMNO tetap terus kukuh dan komited membantu rakyat baik dalam keadaan susah mahupun senang,” katanya.

‘Kuchalana’ yang merupakan dialek Pantai Timur membawa maksud berserabut, kucar kacir atau tidak tersusun.

Perdana Menteri berkata demikian ketika berucap merasmikan majlis pelancaran Program UMNO Bantu Rakyat Fasa 2 dan Jom Simpan Bersama Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) di perkarangan Masjid Kampung Tanjung Medang, di sini hari ini.

Majlis turut dihadiri Pengerusi Biro Kebajikan UMNO Malaysia, Datuk Dr. Shamsul Anuar Nasarah dan anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bebar, Mohamad Fakharuddin Mohd Arif.

Najib berkata dalam setiap perkara yang dilakukan oleh parti itu mahupun kerajaan, keperluan dan kebajikan rakyat sentiasa diutamakan dengan Biro Kebajikan UMNO menjadi medium perantara antara parti dan rakyat.

“Parti ini begitu banyak berjasa dalam lipatan sejarah negara dan telah berakar umbi sejak 70 tahun lalu. Demi kelangsungan kekuatan UMNO serta memastikan parti terus relevan sepanjang zaman, dasar-dasar yang dilakukan oleh kerajaan dan parti juga mengikut peredaran zaman dan ia berjaya membuahkan hasil yang memberangsangkan,” katanya.

Najib yang juga anggota Parlimen Pekan dalam masa yang sama berkata, apabila kerajaan melaksanakan banyak program berimpak tinggi di kawasan bandar, ia tidak bermakna kerajaan melupakan pembangunan dan kebajikan masyarakat di luar bandar.

“Projek yang bersifat ikonik seperti Transit Aliran Massa (MRT) di Lembah Klang, kita laksanakannya supaya ekonomi lebih kukuh kerana apabila ekonomi tambah kukuh, negara akan menjadi lebih maju.

“Maka bolehlah kita agihkan hasil itu kepada masyarakat di luar bandar dan golongan yang memerlukan. Kalau ekonomi negara tidak meningkat, maka kita akan kurang hasil dan kalau kurang hasil, kerajaan akan kurang kemampuan untuk bantu orang miskin dan sebab itu kita kena faham teori ekonomi ini,” kata Najib.

Pada majlis itu, lebih 3,000 murid Tahun Satu daripada keluarga berpendapatan rendah (B40) dari 55 buah sekolah di Parlimen Pekan menerima sumbangan deposit akaun Skim Simpanan Pendidikan Nasional (SSPN-i) berjumlah RM316,300.

Biro Kebajikan UMNO turut mengagihkan 2,000 kit sumbangan kepada keluarga miskin dari Parlimen Pekan. – BERNAMA

Tags: Datuk Seri Najib Tun RazakUMNO
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Keahlian Meningkat, 14,045 Ahli Baharu UMNO Daftar Secara Dalam Talian – Asyraf Wajdi

Keahlian Meningkat, 14,045 Ahli Baharu UMNO Daftar Secara Dalam Talian – Asyraf Wajdi

02/05/2026
0

KUALA LUMPUR – Setiausaha Agung UMNO, Datuk Dr. Asyraf Wajdi Dusuki memaklumkan jumlah keahlian baharu parti itu menerusi pendaftaran secara...

Tidak Ramai Dalam Kerajaan Perpaduan Ada Pengalaman Seperti UMNO

Tidak Ramai Dalam Kerajaan Perpaduan Ada Pengalaman Seperti UMNO

02/05/2026
0

KUALA LUMPUR – Timbalan Presiden UMNO menegaskan tidak ramai dalam Kerajaan Perpaduan mempunyai pengalaman luas mengurus negara seperti dimiliki parti...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd