• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, September 16, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

UMNO, BN Realiasasikan Kebangkitan Pendidikan Bangsa Melayu

oleh AK-47
27/11/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

PUTRAJAYA – UMNO dan Barisan Nasional telah berjaya merealisasikan kebangkitan bangsa Melayu yang dahulunya mundur dalam pendidikan akibat kemiskinan tegar, kata Setiausaha Agung UMNO Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor.

Beliau berkata perkara itulah yang ingin disampaikanya ketika berucap pada majlis Anugerah Nadi Negara 2017 di Kuala Lumpur Sabtu lalu yang disampaikan tanpa teks yang mungkin tidak kemas penyampaiannya.

“Jika ada kesilapan teknikal dari segi ucapan yang tidak disengajakan (oleh saya), itu adalah kelemahan yang ada pada semua manusia,”katanya dalam kenyataan hari ini.

Semalam, Pemuda Parti Pribumi Bersatu Malaysia mengecam kenyataan Tengku Adnan yang menyifatkan Universiti Teknologi Mara (UiTM) sebagai tempat mereka yang kurang cemerlang dalam pelajaran.

Tengku Adnan yang juga Menteri Wilayah Persekutuan, menjelaskan sebelum peristiwa 13 Mei 1969, keadaan orang Melayu pada masa itu sememangnya amat mundur dan akibatnya pelajar Melayu luar bandar khususnya terkebelakang dalam pelajaran.

“Ini kerana sekolah luar bandar banyak kekurangan dan ramai di antara mereka tidak dapat masuk universiti.

“Oleh itu, pada awal tahun 70-an syarat masuk universiti diturunkan kepada sekadar dua prinsipal dan satu sub untuk layak memasuki universiti menggunakan kuota Hak Keistimewaan Melayu di bawah Dasar Ekonomi Baru (DEB),” katanya.

Mengenai peranan UiTM atau dahulunya dikenali Institut Teknologi Mara (ITM) yang ditubuhkan UMNO, katanya institut itu telah memberi peluang kedua kepada ramai pelajar Melayu untuk meneruskan pengajian ke peringkat lebih tinggi.

“Ramai pelajar Melayu yang tercicir di peringkat Sijil Pelajaran Malaysia dan melalui peluang yang diberikan kerajaan, pelajar yang mendapat Gred 3 pun tetap diterima masuk ke ITM.

“Apabila mereka ini diberi peluang dengan kemudahan pembelajaran yang serba cukup, cuba lihat sekarang berapa ramai pelajar yang berjaya hingga mendapat ijazah doktor falsafah dan juga peringkat profesional lain.

“Tiada niat memperkecilkan sesiapa… dan saya minta supaya kita sedar apa kerajaan telah lakukan untuk kita dan ini semua akan hilang jika kita tak bersama menyokong kerajaan,” katanya. -BERNAMA

Tags: BNDatuk Seri Tengku Adnan Tengku MansorUMNO
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Kerjasamalah Wahai PAS-UMNO, Jangan Tamak Kerusi

Kerjasamalah Wahai PAS-UMNO, Jangan Tamak Kerusi

06/09/2026
0

KUALA LUMPUR - PAS dan UMNO diingatkan supaya tidak tamak dalam soal pembahagian kerusi sekiranya benar-benar mahu menjayakan kerjasama politik...

UMNO-PAS Jangan Kecewakan Orang Melayu Lagi

UMNO-PAS Jangan Kecewakan Orang Melayu Lagi

05/09/2026
0

KALAU benar UMNO dan PAS mahu menghidupkan kembali penyatuan ummah buatlah betul-betul. Bercakap soal penyatuan tapi macam-macam cekadaknya. Banyak perbedaan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd