• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, May 26, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

UMNO Atur Strategi Tawan Semula Parlimen Kuantan

oleh AK-47
30/11/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUANTAN – UMNO Bahagian Kuantan yakin mampu menawan kembali kerusi Parlimen Kuantan yang telah dua penggal dipegang Parti Keadilan Rakyat menerusi strategi ‘gerakan berfokus kluster’ yang dilakukan dengan bantuan sayap Pemuda, Puteri dan Wanita.

Timbalan Ketua UMNO Bahagian Kuantan Datuk Seri Ab Hamid Mohd Nazahar berkata gerakan itu giat dilakukan sejak empat tahun lalu terhadap golongan sasar hingga ke peringkat akar umbi untuk memenangi kembali hati pengundi di kawasan itu.

“Walaupun Kuantan merupakan kawasan yang dimenangi pembangkang, namun kita tetap bersemangat memberikan khidmat kepada rakyat kerana walaupun hanya memegang jawatan dalam parti, namun ia tetap amanah kepada kita untuk berjuang dan menjadi suara kepada rakyat.

“Sebab itu walaupun tewas (Parlimen Kuantan), namun banyak perkara Barisan Nasional (BN) dan UMNO khasnya telah lakukan untuk kebajikan rakyat di kawasan ini menerusi projek-projek yang dijalankan melalui agensi kerajaan mahupun negeri,” katanya kepada Bernama baru-baru ini.

Menurutnya untuk setiap kelompok tertentu seperti petani, nelayan dan golongan professional, belia mahupun wanita, UMNO Bahagian Kuantan mempunyai ‘askarnya’ tersendiri untuk mengetahui keluh kesah dan permasalahan mereka.

Ab Hamid berkata menerusi maklumat yang diperoleh itu, UMNO Bahagian Kuantan juga mengatur gerak memperbaiki kekurangan, menghulur bantuan kepada yang memerlukan serta menyusun program untuk mengeratkan lagi hubungan.

Lantaran daripada paparan keprihatinan yang ditunjukkan oleh jentera UMNO, parti itu sering menjadi ‘pusat kebajikan’ untuk rakyat memerlukan bantuan antaranya pembiayaan persekolahan anak, permohonan bantuan untuk membaiki rumah, bantuan rawatan kesihatan untuk penyakit kronik di kawasan parlimen berkenaan.

“Mereka tanpa mengira kaum bagaikan tidak ada tempat mengadu, hendak harapkan wakil rakyat yang dipilih sebelum ini jarang-jarang sekali berada di kawasan, jadi menjadi tangungjawab UMNO untuk terus membela dan membantu mereka,” katanya.

Ab Hamid berkata antara punca kekalahan calon BN pada ketika itu adalah isu Lynas yang digembar gemburkan oleh pembangkang yang kononnya pembinaan kilang itu boleh membahayakan kesihatan penduduk sekitar dan boleh merosakkan atap rumah yang akhirnya terbukti hanya dakyah yang tidak benar.

“Kita tahu pembangkang mengamalkan politik kebencian dan menyemai benihnya kepada rakyat, ia bukan satu perkara yang mudah untuk kita tanganinya kerana pemikiran tidak akan terbuka untuk melihat kebenaran walaupun banyak kebaikan telah kita lakukan.

“Contohnya isu Lynas, walaupun ia terletak di kawasan Parlimen Indera Mahkota, namun ia banyak menjejaskan sokongan pengundi di Parlimen Kuantan kepada BN dan UMNO apabila isu ini disebarkan melalui media sosial, walaupun akhirnya ternyata dakwaan kilang itu boleh menyebabkan penyakit kanser adalah tidak benar.

“Untuk menghadapi perkara itu (serangan media sosial) dalam pilihan raya kali ini, UMNO Bahagian Kuantan telah bersedia dengan unit IT sendiri bagi mengumpul data berkaitan pengundi selain menjadi ejen untuk menangani isu-isu yang dibangkitkan oleh pembangkang menerusi media sosial termasuk isu Taman Perindustrian Kuantan Malaysia-China (MCKIP),” katanya. – BERNAMA

Tags: Datuk Seri Ab Hamid Mohd NazaharUMNO
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

PH Dah ‘Meroyan’, Tiba Masa UMNO Keluar Kerajaan Perpaduan – Akmal Saleh

PH Dah ‘Meroyan’, Tiba Masa UMNO Keluar Kerajaan Perpaduan – Akmal Saleh

17/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Sudah sampai masanya untuk UMNO keluar Kerajaan Perpaduan, kata Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr. Muhamad Akmal Saleh....

PRN Johor: PH Dakwa BN Bakal ‘Terkubur’

PRN Johor: PH Dakwa BN Bakal ‘Terkubur’

17/05/2026
0

JOHOR BAHRU - Pakatan Harapan (PH) Johor yakin dapat ‘menguburkan’ Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor akan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd