• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, October 18, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Tun Dr. Mahathir Akui Masih Terima Kemudahan Kerajaan

oleh Ahmad Albab
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

PUTRAJAYA – Tun Dr. Mahathir Mohamad hari ini mengakui masih menikmati beberapa kemudahan yang disediakan kerajaan untuk bekas perdana menteri selepas beliau berundur daripada jawatan itu, 14 tahun lepas.

Menurutnya, kemudahan seperti pembantu rumah dan kakitangan di Yayasan Kepimpinan Perdana dikekalkan cuma mereka dihantar menggantikan pekerja lama dengan khidmat mereka masih dibayar kerajaan.

Mengulas kenyataan Jabatan Perdana Menteri (JPM) hari ini bahawa kerajaan tidak pernah menarik apa-apa kemudahan yang disediakan kepada mana-mana bekas perdana menteri, Dr. Mahathir berkata beliau sedia menyenaraikan perjawatan yang ditarik balik termasuk yang tiada kaitan dengan kerajaan dan mendakwa pihak yang menawarkan perjawatan itu kepadanya dipaksa menarik jawatan yang diberikan.

Menurut JPM, sebanyak 21 perjawatan diperuntukkan kepada Dr. Mahathir, dengan kesemua perjawatan tersebut ditanggung sepenuhnya oleh pihak kerajaan meliputi pembayaran gaji, elaun tuntutan dan lain-lain kemudahan yang layak dinikmati sebagai penjawat awam.

Dr. Mahathir, yang ditemui pemberita selepas sesi dialog kepimpinan dalam era digital di masa depan di Yayasan Kepimpinan Perdana di sini, dalam pada itu, bertegas untuk tidak memohon maaf berhubung kenyataannya berkaitan Bugis termasuk terhadap desakan yang dibuat Naib Presiden Indonesia, Jusuf Kalla.

Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) itu mendakwa beliau tidak mengeluarkan sebarang kenyataan yang merujuk kepada etnik tersebut mahupun pihak Jusuf.

Mengenai tindakan polis membuka dua kertas siasatan terhadap beliau berhubung kenyataannya itu, Dr. Mahathir berkata polis hanya menjalankan tugas mereka dan sedia disiasat jika dipanggil.

Dr. Mahathir menjadi perdana menteri selama 22 tahun iaitu dari 16 Julai 1981 hingga 31 Oktober 2003. – BERNAMA

Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Fadhlina Menghadap Raja Permaisuri Agong, Baginda Zahir Keprihatinan Mendalam Terhadap Kesihatan, Pendidikan Anak-Anak

Fadhlina Menghadap Raja Permaisuri Agong, Baginda Zahir Keprihatinan Mendalam Terhadap Kesihatan, Pendidikan Anak-Anak

18/10/2026
0

KUALA LUMPUR - Raja Permaisuri Agong, Raja Zarith Sofiah menzahirkan keprihatinan mendalam terhadap kesihatan dan pendidikan anak-anak susulan situasi jerebu...

Johor Berdepan Jerebu 53 Hari, Onn Hafiz Gesa ASEAN Adakan Mesyuarat Tergempar

Johor Berdepan Jerebu 53 Hari, Onn Hafiz Gesa ASEAN Adakan Mesyuarat Tergempar

18/10/2026
0

JOHOR BAHRU - Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi menggesa negara-negara ASEAN mengadakan mesyuarat tergempar bagi memperkukuh kerjasama menangani...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd