• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, July 7, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Tukar Warna Stadium Demi Percaya Tuah Fengshui

oleh
12/11/2017
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

BEIJING – Akibat percaya kepada tahyul fengshui, sebuah pasukan bola sepak China bertindak mengecat keseluruhan warna stadium tradisional mereka yang berwarna biru kepada emas terang.

Ini konon bagi merobah nasib malang mereka yang mungkin kedengaran agak bodoh dari segi saintifik moden, namun pihak pengurusan pasukan tempatan tersebut tidak peduli, kerana ia malahan sebenarnya berhasil pula!

Ia timbul ekoran bulan lalu, selepas satu perlawanan menyaksikan skuad Guangzhou R&F hanya memenangi satu perlawanan di tempat sendiri dalam tempoh empat bulan, sekali gus kelab tersebut membuat keputusan drastik

Mereka kemudian memutuskan untuk mengecat keseluruhan ruang stadium berkenaan termasuk segala kemudahan di sekelilingnya dengan warna emas demi memperbaiki tahap tuah fengshui di bangunan arena sukan tersebut.

Keputusan berkenaan kelihatan agak gila kerana mereka baru sahaja mengubah suai stadium itu pada tahun lepas, dengan mengecat keseluruhan bangunan tersebut kepada warna biru, bagi menyamai warna rasmi kelab mereka.

Malangnya pasukan itu cuma memenangi satu perlawanan di gelanggang sendiri sejak 12 Mac lalu, sekali gus kurang penyokong menonton perlawanan dan mempersalahkan atas keputusan untuk mengecat warna biru tersebut.

Justeru, dalam keadaan terdesak, pihak pengurusan memutuskan untuk mengikuti kepercayaan fengshui. Mereka kemudian memilih warna emas, kerana ia melambangkan kesempurnaan menurut fahaman masyarakat Cina.

Pada pertengahan Julai lalu, segala-galanya, daripada tempat duduk sehinggalah dinding di sekitar Stadium Guangzhou R&F juga telah dicat semula kepada warna emas, dengan harapan bahawa nasib mereka akan berubah.

Percaya atau tidak, itulah sebenarnya berlaku, dengan keputusan yang mengagumkan selepas itu. Pasukan tersebut bahkan berjaya memenangi empat perlawanan terakhir Liga Super China sejak dari pertukaran warna berkenaan.

Skuad tersebut juga tanpa disangka mampu menjaringkan sekurang-kurangnya empat gol pada setiap pertandingan, satu kejayaan ‘ajaib’ yang melonjakkan nama pasukan berkenaan ke tempat ketiga dalam Liga Super China sendiri.

Mereka juga mencipta sejarah tersendiri apabila dapat mengalahkan pasukan musuh ketat tradisi sejak sekian lama iaitu Guangzhou Evergrande yang begitu popular, semasa dalam satu perlawanan untuk liga berprestij tersebut.

Pasukan berkenaan juga tidak cuba menyembunyikan fakta bahawa mereka percaya dengan faktor pengubahan warna di stadium tersebut telah memberi kemenangan buat mereka yang sebelum itu menjadi pasukan belasahan.

Jurulatih Guangzhou R&F, Dragan Stojkovic menerusi laman web rasmi kelab itu berkata: “Selepas ubah warna stadium, kami dapat lima kemenangan dan juga jumlah gol pun meningkat. Warna emas stadium ini cukup cantik.

“Ia tidak perlu diubah buat masa sekarang.” Fengshui sangat popular di China dan sebahagian besar Asia, dengan masyarakat Cina bergantung pada kepercayaannya semasa hendak membina rumah, pejabat atau kedai mereka.

Ini dilakukan konon untuk memaksimumkan tuah dan keuntungan dari segi pulangan kewangan mereka, sekali gus melindungi nasib malang yang mungkin boleh menimpa pada kemudian waktu. – Agensi/Mynewshub.cc/HAA

Tags: Chinafengshui
Share198Tweet124SendShare

Related Posts

Dakwaan Hina Penduduk China: PDRM Akhirnya Buka Siasatan Tatatertib Terhadap Anggota

Dakwaan Hina Penduduk China: PDRM Akhirnya Buka Siasatan Tatatertib Terhadap Anggota

23/06/2026
0

Oleh Mynewshub  KUALA LUMPUR – Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengesahkan telah membuka kertas siasatan tatatertib terhadap seorang anggotanya yang dikaitkan...

Ekyn.Wong Muat Naik Kenyataan Permohonan Maaf Isu Tular Ketika Bercuti Di China

Ekyn.Wong Muat Naik Kenyataan Permohonan Maaf Isu Tular Ketika Bercuti Di China

20/06/2026
0

KUALA LUMPUR – Akaun Tiktok ekyn.wong hari ini memuat naik kenyataan permohonan maaf oleh individu bernama Nur Asyiqin Mohd Dalil...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd