Tuesday, June 25, 2024

Creating liberating content

Pengedar Dadah Cuba Rempuh...

Beaufort : Tindakan dua pengedar dadah cuba merempuh polis mendorong pihak berkuasa melepaskan...

Wanita Dipaksa Mandul, Peru...

LIMA - Satu aduan rasmi difailkan terhadap bekas Presiden Alberto Fujimori, kerana memandulkan...

Annuar Nafi Terlibat Proses...

KUALA LUMPUR - Tan Sri Annuar Musa berkata beliau tidak terlibat dalam rundingan...

Johor Berkabung 3 Hari,...

SUSULAN kemangkatan Tunku Laksamana Johor, Tunku Abdul Jalil Sultan Ibrahim Ismail, kesemua bendera...

Tokan Dadah Sembur Serbuk Lada Kepada Anggota Polis

SIK – Gara-gara ingin melarikan diri daripada ditahan dalam operasi jihad dadah, seorang lelaki tempatan dipercayai pengedar dadah sanggup bertindak menyembur serbuk lada ke arah anggota polis sebelum cuba meloloskan diri.

Ketua Polis Daerah Sik DSP Abdull Razak Osman berkata dalam serbuan yang dijalankan di Kampung Banggol, Jeneri, dekat sini, kira-kira pukul 4 petang semalam, lelaki berusia 26 tahun itu bertindak demikian sewaktu anggota serbuan menahan kereta dipandunya.

“Suspek yang ketika itu berada di dalam kenderaan jenis Proton Wira, ingin melarikan diri lalu bertindak menyembur serbuk lada ke arah seorang daripada anggota serbuan dan selepas berlaku pergelutan, suspek berjaya ditahan.

“Kesan daripada semburan serbuk lada itu, seorang anggota polis berpangkat koperal mengalami sakit pada kedua-dua mata, manakala suspek mengalami luka pada bahagian kepala dan hidung,” katanya menerusi satu kenyataan di sini hari ini.

Menurutnya, suspek yang mempunyai rekod kesalahan di bawah Seksyen 30(3) Akta Racun 1952, ditahan mengikut Seksyen 39B dan 39 A(1) Akta Dadah Berbahaya 1988 dan ujian saringan air kencing yang dijalankan mendapati suspek juga positif dadah jenis opiat.

“Polis turut merampas sembilan paket dadah jenis heroin seberat 233 gram dan 12 paket dadah jenis syabu seberat 20 gram, selain menyita wang tunai berjumlah RM536 dan kenderaan suspek,” katanya.

Sementara itu, Abdull Razak berkata operasi melibatkan 25 pegawai dan anggota dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sik serta anggota Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) daerah Sik itu, turut dijalankan di lima kampung lain iaitu Kampung Keda Sungai Semiar, Kampung Desa Jaya, Kampung Kubang Lintah, Kampung Kubang Yoi dan Kampung Danglau.


“Operasi bermula pukul 12 tengah hari sehingga pukul 7 malam tadi, turut membawa kepada penahanan lapan individu lelaki berusia lingkungan awal 20-an hingga 50 tahun.

“Serbuan dari rumah ke rumah ini bertujuan membendung aktiviti penyalahgunaan dadah serta pencegahan jenayah dan kita mengenal pasti kawasan terlibat hasil daripada risikan dan maklumat awam termasuk info menerusi aplikasi Volunteer Smartphone Patrol (VSP),” katanya.

Menurutnya, enam daripada individu terbabit ditahan di bawah Seksyen 3(1) Akta Penagih Dadah 1983, manakala dua lagi individu ditahan di bawah Seksyen 12(2) Akta Dadah Berbahaya 1952, masing-masing atas kesalahan memiliki heroin.

“Keseluruhan dadah yang dirampas dianggarkan bernilai RM5,500 dan kita akan dapatkan perintah tahanan reman terhadap semua suspek, hari ini,” katanya. – BERNAMA

  • Lagi berita berkaitan:
  • dadah

Kategori