• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, May 9, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Tiada Tol Bagi Lebuh Raya CSR – Rosnah

oleh Ahmad Albab
08/11/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Lebuh raya Central Spine (CSR) sepanjang 411 kilometer yang menghubungkan Pahang ke Kota Bharu, Kelantan tidak akan dikenakan tol, Dewan Rakyat diberitahu hari ini.

Timbalan Menteri Kerja Raya Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin berkata ia turut merangkumi Lebuh raya Kota Bharu-Kuala Krai, melibatkan laluan sepanjang 61.36 km yang merupakan sebahagian daripada projek CSR.

“Alhamdulillah, ingin saya menyatakan Lebuh raya Central Spine Road dan juga Lebuh raya Kota Bharu yang menghubungkan Kuala Krai tidak akan dikenakan tol,” katanya ketika sesi soal jawab pada persidangan Dewan Rakyathari ini.

Beliau menjawab soalan tambahan Datuk Kamarudin Jaffar (PKR-Tumpat) yang ingin tahu adakah kerajaan merancang untuk mengenakan tol apabila Lebuh raya Kota Bharu-Kuala Krai siap kelak.

Menjawab soalan Datuk Dr Noor Azmi Ghazali (BN-Bagan Serai) mengenai penyelenggaraan lebuh raya itu, Rosnah berkata peruntukan bagi kos penyelenggaraan dibuat oleh kerajaan sebagaimana penyelenggaraan bagi jalan raya persekutuan.

Rosnah berkata projek Lebuh Raya Kota Bharu-Kuala Krai itu dilaksanakan secara berperingkat bermula daripada Rancangan Malaysia ke-10 (RMK10).

Beliau berkata pakej 1B iaitu dari Pasir Hor ke Kadok sepanjang 7 km yang bermula April 2014 dijangka siap Februari 2018, pakej 2A dari Kadok ke Ketereh sepanjang 6.85 km pula akan siap pada November 2018 dan pakej 2B dari Ketereh ke Kok Lanas sepanjang 6.2 km telah pun dikeluarkan surat setuju terima pada 3 November lalu.

“Pelaksanaan fizikal projek pakej-pakej lain dijangka dilaksanakan secara berperingkat dalam RMK11, tertakluk kepada kelulusan agensi pusat,” katanya. – BERNAMA

Tags: Datuk Rosnah Abdul Rashid ShirlinLebuh raya Central Spine
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Pan Borneo Di Sarawak, 2% Cepat Daripada Jadual

05/04/2018
0

KUALA LUPUR - Pembinaan Projek Lebuhraya Pan Borneo di Sarawak berada pada tahap kira-kira dua peratus lebih cepat daripada jadual,...

RM5.3j Bina Susur Keluar Lebuh Raya K.Bharu-Kuala Krai

11/03/2018
0

KOTA BHARU – Kerajaan Persekutuan meluluskan RM5.3 juta lagi kepada negeri ini bagi pembinaan susur keluar lebuh raya Kota Bharu-Kuala...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd