• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, March 30, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Teruk Dikutuk Yahudi, Muzium Ini Buang ‘Hitler’

oleh
14/11/2017
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

JAKARTA – Akibat teruk dikecam badan hak asasi Yahudi berpusat di Los Angeles, Amerika Syarikat (AS), Simon Wiesenthal Center, sebuah muzium arca di sini akur ‘buang’ patung lilin Adolf Hitler.

Muzium De Mata di Yogyakarta, Jawa Tengah itu turut dikutuk beberapa organisasi pro-Israel antarabangsa hingga tular dan mencetuskan kemarahan kaum Yahudi di seluruh dunia kerana dianggap konon sebagai tidak sensitif.

Padahal patung imej pemimpin terkenal fahaman Nazi Jerman era Perang Dunia Kedua itu sudah diletakkan di muzium tersebut bersama-sama dengan 80 patung lain yang memaparkan tokoh ternama global sejak 2014 lagi.

Ia malah menjadi bahan pameran kedua paling banyak menarik perhatian pengunjung termasuk pelancong asing berswafoto selepas bekas presiden AS, Barack Obama atas faktor sejarah kerana pernah membesar di Indonesia.

Patung itu berlatarbelakangkan perkarangan kem tahanan Auschwitz di Poland yang terkenal dengan slogan Arbeit Macht Frei di pintu masuk utamanya yang dibina khusus untuk mengurung dan membunuh 1.1 juta orang Yahudi.

Pengurus operasi muzium tersebut, Jamie Misbah berkata kepada agensi berita AFP bahawa patung lilin itu sudah dikeluarkan baru-baru ini selepas pihaknya dimaklumkan mengenai kritikan dari Simon Wiesenthal Center.

“Kami tidak ingin mengundang kemarahan sesiapa pun. Tujuan kami mempamerkan Hitler adalah untuk mendidik pengunjung agar belajar daripada sejarah zaman dahulu, bukan mengagungkan kejahatan beliau,” jelasnya.

Patung Hitler itu adalah daya tarikan popular bagi pengunjung mengambil swafoto untuk dikongsi di media sosial. Ada antara mereka termasuk kanak-kanak merakam gambar dengan gaya cara menabik tangan ala askar Nazi.

Jamie berkata adalah perkara ‘biasa’ bagi pengunjung merakam foto di hadapan bahan pameran tetapi beliau berkata bahawa pihaknya menghormati maklum balas masyarakat dunia yang tidak senang dengan patung Hitler.

Ini bukan kali pertama simbol ideologi Nazi menjadi ikutan di Indonesia. Ada sebuah kafe di Bandung, dengan pelayannya menggunakan pakaian seragam SS dan mencetuskan kemarahan sebelum ditutup awal tahun ini.

Pakar sejarah mendakwa kurangnya pendidikan sebagai punca tahap kesedaran yang rendah mengenai Holocaust di Indonesia, yang merupakan negara dengan penduduk Muslim terbesar di dunia. – Agensi/Mynewshub.cc/HAA

Tags: Adolf HitlerIndonesiaYahudi
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Mengapa Diesel Malaysia Melonjak 82%? Thailand Hanya 2.8%, Indonesia Kekal – Kohilan Pillay

Mengapa Diesel Malaysia Melonjak 82%? Thailand Hanya 2.8%, Indonesia Kekal – Kohilan Pillay

29/03/2026
0

KUALA LUMPUR – Bekas Naib Presiden MIC, Kohilan Pillay menyuarakan kebimbangan terhadap kenaikan mendadak harga diesel di Malaysia yang didakwa...

Dakwaan Malaysia Serah 5,207 Hektar Tanah Kepada Indonesia Tak Benar, Satu Penipuan – PM

Dakwaan Malaysia Serah 5,207 Hektar Tanah Kepada Indonesia Tak Benar, Satu Penipuan – PM

04/02/2026
0

KUALA LUMPUR: Dakwaan Malaysia menyerahkan seluas 5,207 hektar tanah kepada Indonesia sebagai pampasan bagi tiga kampung di Nunukan, Sabah-Kalimantan adalah...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd