• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, May 26, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Terkenang Guan Eng Kutuk Banjir Di Kelantan…

oleh AK-47
06/11/2017
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

FALSAFAH politik ‘tiada hujan, tiada banjir’ pernah diungkapkan Ketua Menteri, Lim Guan Eng ketika menjawab isu bencana banjir kilat di Pulau Pinang pada tahun lalu.

Namun, alasan manis daripada Setiausaha Agung DAP itu nampak gayanya gagal meyakinkan rakyat apabila tiada tindakan serius dalam menangani masalah banjir kilat yang sering melanda di negeri utara itu terutamanya ketika hujan lebat.

Sehinggalah semalam, negara dikejutkan dengan berita bencana banjir kilat terburuk apabila lebih 80 peratus kawasan di semua daerah negeri itu ditenggelami air.

Tiga mangsa termasuk dua warga emas dilaporkan terkorban di dalam dua lokasi berasing manakala ribuan lagi mangsa banjir kini sedang menantikan bantuan daripada anggota penyelamat dan sukarelawan.

Pelbagai bantuan daripada Kerajaan Pusat telah disegerakan sejak awal pagi meliputi Majlis Keselamatan Negara (MKN) dan Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA).

Guan Eng turut dikatakan menghubungi terus Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi kira-kira jam 3.30 pagi bagi meminta bantuan Angkata Tentera Malaysia (ATM) mengendalikan situasi banjir yang semakin buruk.

Sememangnya tanggungjawab kerajaan pusat adalah menyalurkan bantuan sewajarnya walaupun negeri tersebut di bawah pentadbiran pembangkang.

Malah, Kerajaan PAS Kelantan hari ini turut mengumumkan bantuan segera sebanyak RM50,000 dan menghantar sukarelawannya bagi membantu mangsa-manga banjir.

Ironinya, Guan Eng pada awal tahun ini pernah mengeluarkan kenyataan berbaur penghinaan apabila menggambarkan Kelantan seperti tiada kerajaan ketika bencana banjir besar yang melanda negari Serambi Mekah itu.

Dalam satu rakaman video yang diambil ketika sambutan Majlis Sambuan Tahun Baru Cina Pakatan Harapan 2017, Guan Eng dengan megahnya menggambarkan Kelantan seoalah-olah negeri muflis tidak berduit!

“Ini adalah negeri bankrap, negeri yang sudah bankrap itu sebab pemipinan dia bangkrap,” katanya yang turut mengatakan punca banjir di negeri itu disebabkan bukit-bukit ditarah.

Tidak setakat itu, Guan Eng turut mempersoalkan ekonomi Kelantan apabila penjawat-penjawat awam di negeri itu yang disifatnya ‘tak mampu dibayar gaji’.

“Mampukah nak bayar gaji kakitangan kerajaan sehingga kena pinjam wang daripada kerajaan persekutuan, ini adalah negeri gagal,” katanya.

Pemimpin tertinggi Pakatan Harapan itu juga pada dua tahun lalu pernah menuduh kononnya banjir yang berlaku di Kuala Lumpur disebabkan rasuah dalam kerajaan Barisan National.

Kini bagaikan menjilat ludah, Guan Eng kembali meminta bantuan daripada pihak-pihak yang pernah diludahnya dan mungkin selepas ini beliau akan senyap ‘seketika’ meredakan isu banjir. Apa-apa pun, DAP menang, rakyat Pulau Pinang berenang! – MYNEWSHUB.CC

Tags: BanjirDAPLim Guan Eng
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

DAP Berhentilah Berselindung Di Sebalik Slogan ‘Kesamarataan’ – Mohamed Sukri

DAP Berhentilah Berselindung Di Sebalik Slogan ‘Kesamarataan’ – Mohamed Sukri

25/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Ketua Pemuda PAS Selangor, Mohamed Sukri Omar meminta DAP tidak berselindung di sebalik slogan 'kesamarataan' untuk mempertikaikan...

DAP Bantah Syarat 50% Ekuiti Bumiputera Dalam Pelupusan Tanah, Minta Kembalikan Kepada 30%

DAP Bantah Syarat 50% Ekuiti Bumiputera Dalam Pelupusan Tanah, Minta Kembalikan Kepada 30%

24/05/2026
0

KUALA LUMPUR - DAP membantah peningkatan pegangan ekuiti bumiputera kepada 50 peratus bagi pelupusan hartanah bernilai melebihi RM20 juta oleh...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd