• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, June 30, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Terengganu Dilanda Banjir, 936 Mangsa Dipindahkan

oleh Ahmad Albab
28/11/2017
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA TERENGGANU – Terengganu yang mula berdepan dengan bencana banjir ekoran hujan lebat sejak tiga hari lalu menyaksikan peningkatan mendadak jumlah mangsa yang ditempatkan di pusat pemindahan sementara (PPS) sejak lewat malam tadi.

Menurut Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) setakat 7 pagi seramai 936 mangsa daripada 308 keluarga ditempatkan di 32 PPS di lima daerah yang terlibat.

Daerah Hulu Terengganu mencatatkan jumlah mangsa paling ramai iaitu 515 mangsa daripada 198 keluarga ditempatkan di 20 PPS manakala Setiu, 185 mangsa (47 keluarga) di lima PPS.

Seramai 138 mangsa (38 keluarga) ditempatkan di empat PPS di Dungun manakala di Marang, 59 mangsa (14 keluarga) di dua PPS dan 39 mangsa (11 keluarga) di satu pusat pemindahan di Besut.

Sementara itu laman sesawang publicinfobanjir.water.gov.my setakat 8 pagi, paras air Sungai Telemong, di Kuala Ping, Hulu Terengganu mencatatkan 21.01m (paras bahaya 20.00m), Sungai Nerus di Langkap, Setiu 22.11m (paras bahaya 21.50m) dan Sungai Marang di Jambatan Pengkalan Berangan, Marang mencatatkan 3.18 meter, (paras bahaya 3.00m).

Keadaan tersebut dijangka berterusan berikutan keadaan cuaca yang tidak menentu selain hujan lebat di beberapa kawasan sejak awal pagi tadi. – BERNAMA

Tags: Banjir
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Banjir Masalah Besar Kepada Rakyat Johor – Pengarah Strategik DAP

Banjir Masalah Besar Kepada Rakyat Johor – Pengarah Strategik DAP

19/06/2026
0

JOHOR BAHRU - Pengarah Strategik DAP, Liew Chin Tong meminta kerajaan Johor memberi penjelasan mengenai masalah banjir yang masih berlaku...

Selangor Perlu Akui Pelan Banjir Gagal, Kata PAS

Selangor Perlu Akui Pelan Banjir Gagal, Kata PAS

22/04/2026
0

SHAH ALAM – Kenyataan media terbaharu daripada PAS Selangor mencetuskan perhatian apabila parti itu secara terbuka menggesa kerajaan negeri mengakui...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd