• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, June 17, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Temui Mayat Dipercayai Dilibas Senjata Tajam

oleh Ahmad Albab
19/11/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KLANG – Seorang lelaki ditemui mati selepas dipercayai ditikam di beberapa bahagian badan, di Jalan Kasban, Meru, awal pagi tadi.

Ketua Polis Klang Utara, Asisten Komisioner Mazelan Paijan, berkata mangsa dipercayai warga asing ditemui jam 2 pagi tadi ketika mayatnya mahu dibuang di kawasan perindustrian Meru.

Katanya, berdasarkan kecederaan di badan mangsa yang berusia awal 20-an itu, polis percaya dia turut diseksa dan dilibas dengan senjata tajam sebelum dibunuh.

“Mangsa ditikam di bahagian dada, perut, badan dan lengan sebelum dibungkus menggunakan selimut dan dibawa menaiki sebuah motosikal oleh dua suspek untuk dibuang.

“Ketika melalui Jalan Kasban, mangsa dipercayai terjatuh dan dua suspek cuba mengangkat semula mayat mangsa.

“Tindakan dua suspek itu terhenti selepas seorang lelaki melalui kawasan berkenaan dan melihat kejadian itu,” katanya pada sidang media selepas menghadiri Majlis Perasmian Jambatan Ketiga Klang, di sini, hari ini.

Mazelan berkata, dua suspek itu cuba menyerang lelaki terbabit menggunakan parang tetapi lelaki itu dapat melarikan diri.

Katanya, lelaki berkenaan datang semula ke lokasi kejadian bersama empat rakan lain dan menemui mayat mangsa.

“Sejurus sampai, dua suspek melarikan diri dan meninggalkan mayat di tepi jalan.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan. Majikan yang kehilangan pekerja diminta menghubungi Balai Polis Klang Utara,” katanya. – BH ONLINE

Tags: kes bunuhMayat
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Mayat Nur Izzati Humaira Ditemui Di Kawasan Kebun, 500 Meter Dari Lokasi Terakhir Dilihat

Mayat Nur Izzati Humaira Ditemui Di Kawasan Kebun, 500 Meter Dari Lokasi Terakhir Dilihat

26/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Mayat remaja perempuan yang dilaporkan hilang selepas dipercayai tersesat ketika menuruni Bukit Asa, Hulu Bernam, Selangor di...

Lelaki Dipercayai Bunuh Emak, Isteri Dan Dua Anak Sebelum Bunuh Diri

Lelaki Dipercayai Bunuh Emak, Isteri Dan Dua Anak Sebelum Bunuh Diri

17/02/2026
0

KUANTAN: Seorang lelaki dipercayai membunuh ibu, isteri dan dua anak perempuan sebelum membunuh diri di sebuah rumah di Taman Cherating...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd