• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 14, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Syarikat Usaha Sama Akan Ditubuhkan Bandar Robotik

oleh AK-47
30/11/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

ISKANDAR PUTERI — Sebuah syarikat usaha sama akan ditubuhkan antara kerajaan negeri dan syarikat China untuk membangunkan Bandar Robotik di negeri ini, kata Menteri Besar Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin.

Beliau berkata penubuhan syarikat itu akan dilaksanakan di bawah perjanjian kerjasama yang akan dimeterai antara Johor Corporation dan SIASUN Robot Investment Company dalam masa terdekat.

Katanya penubuhan syarikat itu antara lain untuk merangka dan mewujudkan asas dalam Bandar Robotik yang mencakupi lapan pembangunan utama, iaitu pembinaan Institut Penyelidikan Pembangunan Perindustrian Pintar, Institut Penyelidikan Robotik, Pusat Pameran Robotik dan Pusat Perkhidmatan Robotik.

“Ia turut melibatkan Pusat Kewangan Perindustrian Pembuatan Robotik, Pusat Big Data Industri Robotik, Pusat Kerjasama dan Operasi Perindustrian Pembuatan Pintar dan Akademi Kejuruteraan Robotik,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan tambahan Mohd Azahar Ibrahim (BN-Tenang) mengenai status terkini pelaburan Bandar Robotik pada Persidangan Kelima Dewan Negeri Johor ke-13 di sini, hari ini.

Sementara itu, Mohamed Khaled menegaskan pelaburan langsung asing (FDI) China di Johor tidak membawa ancaman kedaulatan kepada negara, sebaliknya memberi pelbagai manfaat susulan pelaburannya tidak hanya bertumpu kepada sektor hartanah tetapi turut melibatkan bidang lain termasuk tenaga, pengangkutan dan logam.

“Sememangnya terdapat pandangan yang mengatakan sedemikian, tetapi secara umumnya, pelaburan dari China banyak memberi manfaat kepada Malaysia dan Johor.

“Hanya kita perlu mengambil langkah untuk memastikan dalam kita menerima pelaburan dari China, kita pada masa sama dapat melindungi masyarakat kita,” katanya.

Beliau berkata China merupakan kuasa ekonomi besar dunia dan kerjasama dengan negara itu akan membuka pelbagai peluang bagi Johor dan Malaysia untuk memajukan rakyat.

“Bagaimana Selangor dan Pulau Pinang melihat China, begitu juga kita. Kita akan menarik seberapa banyak pelaburan kerana mereka adalah kuasa ekonomi dunia.

“Adalah bodoh jika terus menafikannya (China kuasa ekonomi dunia) dan tidak wajar jika pembangkang menyatakan kita seolah-olah hendak jual Johor,” katanya ketika menjawab soalan beberapa wakil rakyat berhubung isu itu pada persidangan sama. — BERNAMA

Tags: Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Letupan Dron Berhampiran Markas UNIFIL, Semua Anggota Tentera Malaysia Selamat

Letupan Dron Berhampiran Markas UNIFIL, Semua Anggota Tentera Malaysia Selamat

13/05/2026
0

KUALA LUMPUR – Kementerian Pertahanan mengesahkan satu insiden letupan dipercayai melibatkan dron tidak dikenali berlaku berhampiran kawasan Markas Pasukan Interim...

Malaysia Guna Saluran Diplomatik Tangani Isu Pembekalan Peluru Berpandu NSM

Malaysia Guna Saluran Diplomatik Tangani Isu Pembekalan Peluru Berpandu NSM

06/05/2026
0

KUALA LUMPUR – Kerajaan Malaysia akan menggunakan saluran diplomatik dengan kerajaan Norway bagi mendapatkan penjelasan lanjut berhubung perubahan pendirian negara...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd