• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, June 2, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

SL1M Bantu 138,398 Graduan Sehingga 31 Oktober

oleh Ahmad Albab
06/11/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Seramai 138,398 graduan telah dibantu melalui program Skim Latihan 1Malaysia (SL1M) sehingga 31 Okt tahun ini, kata Timbalan Menteri Kewangan Datuk Othman Aziz.

Beliau berkata mereka telah dibantu oleh 22 syarikat pelaburan milik kerajaan (GLIC) dan syarikat milik kerajaan (GLC) serta melalui program anjuran SL1M antaranya Karnival Kerjaya SL1M dan Program ‘Search and Assist’ SL1M di seluruh negara.

“GLIC dan GLC yang mengambil bahagian, masih melaksanakan program ini secara tanggungjawab sosial korporat dan semua kos perbelanjaan latihan graduan ini dibiayai sepenuhnya oleh pihak syarikat,” katanya dalam jawapan bertulis pada persidangan Dewan Rakyat hari ini.

Othman berkata pada 2015 dan 2016, seramai 5,160 siswazah telah dilatih di bawah program Khazanah Nasional SL1M – GREEN dengan perbelanjaan sebanyak RM89 juta.

“Daripada jumlah itu, kira-kira 77 peratus peserta program tersebut berjaya mendapat pekerjaan selepas tamat latihan selama tujuh bulan,” katanya.

Khazanah merupakan antara syarikat yang terlibat dengan pelaksanaan program SL1M yang diperkenalkan pada 1 Jun, 2011.

Bagi memperluaskan pelaksanaan Program SL1M dalam syarikat swasta, katanya ia turut dijadikan antara syarat bagi syarikat yang ditawarkan kontrak perolehan kerajaan termasuk pelanjutan kontrak.

Syarikat tersebut hendaklah memperuntukkan sekurang-kurangnya satu peratus daripada nilai kontrak untuk melaksanakan program SL1M berdasarkan had yang ditetapkan.

Selain itu, dalam Bajet 2018 baru-baru ini, katanya sejumlah RM40 juta diperuntukkan bagi program temuduga terbuka yang akan dilaksanakan oleh kerajaan dan GLC terbabit.

Kerajaan juga akan mewujudkan pusat sehenti menggabungkan agensi seperti JobsMalaysia, Tabung Pembangunan Sumber Manusia (HRDF), Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso), Unit Peneraju Agenda Bumiputera (Teraju) dan SL1M di Pusat Transformasi Bandar (UTC). – BERNAMA

Tags: SL1M
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Maut Ketika ‘Mendayung’ Pelacur Round Ke-7

Next Post

3 Bulan Di Hospital Penyu, Puteri Tioman Kembali

Related Posts

70% Peserta SL1M Berjaya Mendapat Kerja Tetap

16/04/2018
0

ALOR SETAR – Sebanyak 70 peratus peserta Skim Latihan 1Malaysia (SL1M) berjaya mendapat pekerjaan tetap selepas tamat latihan menerusi skim...

SL1M Tingkatkan Kebolehpasaran Graduan

11/04/2018
0

KANGAR - Program pemadanan graduan dengan majikan menerusi Skim Latihan 1Malaysia (SL1M) 2.0 akan meningkatkan tahap kebolehpasaran graduan sebaik sahaja...

Next Post

3 Bulan Di Hospital Penyu, Puteri Tioman Kembali

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd