• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 15, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Sistem AIS Mudahkan Aktiviti Nelayan Di Laut Dipantau

oleh Ahmad Albab
08/11/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Pemasangan Sistem Pemantauan Automatik (AIS) ke atas pukat tunda kelas B membolehkan vesel nelayan yang terlepas memasuki perairan negara lain dimaklumkan agar mereka boleh berpatah balik dengan segera.

Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Datuk Nogeh Gumbek berkata peranti AIS tersebut mampu menghantar isyarat kedudukan dan lokasi tepat kepada bilik kawalan (di Putrajaya) sepanjang mereka berada di perairan negara untuk aktiviti perikanan.

“Jika mereka (vesel) dikesan masuk ke perairan negara lain, bilik kawalan akan membuat panggilan kepada vesel tersebut supaya mereka dapat berpatah balik semula ke perairan negara,” katanya ketika sesi soal jawab pada persidangan Dewan Rakyat, hari ini.

Beliau menjawab soalan Budiman Mohd Zohdi (BN-Sungai Besar) mengenai jumlah terkini bot pukat tunda kelas B yang telah dilengkapi sistem AIS dan berapakah tangkapan terhadap nelayan yang ingkar kepada arahan pemasangan AIS.

Menurutnya hingga Oktober tahun ini, sebanyak 1,116 daripada 2,630 vesel zon B telah memasang peranti AIS.

“Pemasangan AIS ke atas vesel pukat tunda ini dijangka selesai Mei 2018 dan tindakan mewajibkan pemasangan AIS ini ke atas pukat tunda hanya akan berkuat kuasa selepas tarikh tersebut. Setakat ini tiada tindakan dikenakan terhadap vesel yang belum memasang sistem AIS,” katanya.

Nogeh berkata AIS juga memudahkan aktiviti perikanan nelayan di laut dipantau, justeru memudahkan bantuan disalurkan sekiranya nelayan menghadapi kes kecemasan. – BERNAMA

Tags: Nelayan
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

‘Biarpun Ada Tak Suka, Yang Penting Terus Bekerja Untuk Rakyat’

‘Biarpun Ada Tak Suka, Yang Penting Terus Bekerja Untuk Rakyat’

25/03/2026
0

KUALA LUMPUR - Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Seri Dr. Zambry Abdul Kadir menegaskan adalah menjadi kewajipan kerajaan membantu golongan nelayan...

Maritim Selamatkan Tiga Nelayan Indonesia, Bot Dinaiki Hanyut

Maritim Selamatkan Tiga Nelayan Indonesia, Bot Dinaiki Hanyut

05/07/2024
0

KUANTAN - Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Pahang berjaya menyelamatkan tiga nelayan warga Indonesia selepas bot dinaiki mereka mengalami...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd