• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, July 12, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Sindir PAS Kelantan Hasil Balak Ulam Paling Sedap

oleh AK-47
23/11/2017
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – “Kalau tidak, hasil balak itulah ulam yang paling sedap”

Demikian sindiran Pengerusi Pakatan Harapan Kelantan, Datuk Husam Musa terhadap Timbalan Menteri Besar Kelantan, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah hari ini.

Dakwa Husam, jika beliau tidak mendedahkan cubaan kerajaan PAS Kelantan meluluskan permohonan tanah kepada Akademi Yakin, pasti kelulusan itu diteruskan.

“Pendedahan saya menyebabkan kelulusan terbantut. Lalu Timbalan Menteri Besar mula mereka cerita. Mengenai hasil kayu yang kononnya jika ada akan ditender.

“Mustahil laporan kedudukan tanah dan isi tanah tidak dimaklumkan terlebih dahulu oleh Pejabat Tanah dan Galian (PTG) dan Jabatan Hutan sebelum kelulusan diberi.

“Jawapan untuk menender hasil kayu hanya datang selepas saya bangkitkan isu ini,” dakwanya dalam satu kenyataan media hari ini.

Semalam, kerajaan PAS Kelantan menafikan dakwaan Pakatan Harapan mengenai isu kelulusan tanah seluas 5,500 ekar yang dibangkitkan sebelum ini.

Mohd Amar dipetik berkata, permohonan tanah di Kuala Pahi, Kuala Krai itu dibuat tiga syarikat melalui syarikat Akademi Yakin dan belum lagi diluluskan.

Husam bagaimanapun mendakwa Mohd Amar yang juga Naib Presiden PAS cuba berdolak dalih dalam isu tersebut.

“Tak payah berpusing jauh. Lagi pun, TMB sebagai orang besar jawatankuasa tanah adalah juga Pengerusi Akademi Yakin. Orang yang sama.

“PTG kemudian mengeluarkan surat arahan supaya tiga syarikat membuat bayaran deposit berjumlah RM 4.683 juta

“Bayaran deposit untuk dilulus atau ditolak? Untuk apa bayar deposit berjuta-juta untuk permohonan ditolak?,” dakwanya lagi. -MYNEWSHUB.CC

Tags: Datuk Husam MusaPAS
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

PM Anwar Ditegur Buat Kenyataan “Saya Tetap Perdana Menteri”

PM Anwar Ditegur Buat Kenyataan “Saya Tetap Perdana Menteri”

05/07/2026
0

KUALA LUMPUR - Beberapa pimpinan parti politik menegur Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim kerana didakwa membuat kenyataan yang disifatkan...

DAP Tidak Perkauman, Pernah Kerjasama Dengan PAS – Kah Leong

DAP Tidak Perkauman, Pernah Kerjasama Dengan PAS – Kah Leong

01/07/2026
0

KUALA LUMPUR - Ketua Pemuda Pakatan Harapan (PH), Woo Kah Leong menegaskan DAP tidak pernah mengaitkan perihal politik dengan isu...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd