• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, June 19, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Siasatan Kes Kilang Haram, FGV Di Peringkat Akhir

oleh Ahmad Albab
25/11/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

BUKIT MERTAJAM – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) kini di peringkat akhir menyiapkan kertas siasatan berhubung kes sebuah kilang beroperasi secara haram di Kampung Sungai Lembu, di sini sejak 10 tahun lepas.

Ketua Pesuruhjaya SPRM Tan Sri Dzulkifli Ahmad berkata pihaknya akan mengemukakan kertas siasatan itu kepada Jabatan Peguam Negara untuk tindakan selanjutnya setelah siap dilengkapkan.

“Saya tak nak nyatakan masa yang spesifik…selepas (siasatan) selesai sahaja kami akan kemukakan kertas siasatan tersebut kepada Jabatan Peguam Negara,” katanya kepada pemberita selepas menyerahkan bantuan mangsa banjir di Taman Makok, di sini hari ini.

Hampir 600 mangsa banjir di kawasan itu menerima bantuan antaranya tilam, pakaian dan barang keperluan seperti beras, minyak masak dan gula.

Pada 10 Ogos lepas, SPRM menjalankan operasi di kilang haram memproses serbuk kayu di Kampung Sungai Lembu, di sini yang dipercayai mencemari alam sekitar di kampung itu.

SPRM turut mengambil beberapa dokumen daripada pejabat Majlis Perbandaran Seberang Perai (MPSP) di Bandar Perda bagi membantu siasatan kes tersebut. Susulan itu, SPRM menahan anggota Exco kerajaan negeri Pulau Pinang Phee Boon Poh dan dua beranak yang merupakan pengarah dan pengurus kilang tersebut bagi membantu siasatan.

Isu berhubung kilang haram itu pernah dibangkitkan Anggota Dewan Undangan Negeri Penanti daripada PKR, Dr Norlela Ariffin pada persidangan Dewan Undangan Negeri yang mendakwa banyak kilang haram dibiar beroperasi di Penanti tanpa tindakan lanjut oleh kerajaan negeri.

Sementara itu, Dzulkifli ketika ditanya mengenai perkembangan kes Felda Global Ventures (FGV) berkata kertas siasatan kes itu juga kini di peringkat akhir dan akan diserahkan kepada Jabatan Peguam Negara selepas siasatan siap.

SPRM memulakan siasatan terhadap FGV pada Jun lepas termasuk memanggil bekas pengerusi FGV Tan Sri Isa Samad dan Presiden Kumpulan dan Ketua Pegawai Eksekutif FGV Datuk Zakaria Arshad untuk memberi keterangan berhubung beberapa dakwaan termasuk penyelewengan dan penyalahgunaan kuasa.

Sebelum SPRM memulakan siasatan itu, FGV mengalami kemelut dalaman apabila Isa dan Lembaga Pengarah mengarahkan Ketua Pegawai Eksekutifnya Zakaria, Ketua Pegawai Kewangan FGV, Ahmad Tifli Mohd Talha, Ketua Pegawai Eksekutif FGV Trading, Ahmad Salman Omar dan Pengurus Besar Kanan Delima Oil Products, Kamarzaman Abd Karim untuk bercuti 6 Jun lepas.

Susulan krisis itu, kerajaan melantik bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Idris Jala sebagai orang tengah bagi mencari penyelesaian kepada krisis itu sebelum melantik Ketua Pengarah di Unit Perancang Ekonomi (EPU) Jabatan Perdana Menteri Tan Sri Dr Sulaiman Mahbob sebagai pemangku Pengerusi FGV menggantikan Isa yang meletak jawatan. – BERNAMA

Tags: FGV
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Raja Muda Perlis Alu-Alukan Kerjasama FGV – MAIPS

Raja Muda Perlis Alu-Alukan Kerjasama FGV – MAIPS

02/07/2022
0

KUALA LUMPUR : Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail menitahkan bahawa kerjasama Felda Global Ventures (FGV) bersama Majlis...

Serangan PH Terhadap FGV Dan FELDA : Apa Agenda Utama?

Serangan PH Terhadap FGV Dan FELDA : Apa Agenda Utama?

28/06/2022
0

Sejak beberapa hari ini, boleh dilihat PH berusaha untuk menjatuhkan kredibiliti FGV dan FELDA dengan pengumuman Mesyuarat Agung FGV untuk...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd