Wednesday, November 6, 2024

Creating liberating content

Demi Keluarga, Mimi Mohon...

KUMPULAN One Nation Emcees suatu ketika dahulu pernah popular dengan lagu Raja Gelek...

Remaja Rogol, Bunuh Guru...

SEORANG remaja lelaki berusia 17 tahun dari Massachusetts, Amerika Syarikat dijatuhkan hukuman penjara...

7 Kawasan PA &...

KUALA LUMPUR - Tujuh kawasan projek Perumahan Awam (PA) dan Projek Perumahan Rakyat...

Ranger Baharu Pacu Jualan...

KUALA LUMPUR - Ford Motor Company (Ford) hari ini mengumumkan jualan runcitnya bagi...

Siang Polis, Malam Jadi Bapa Ayam

ANGGOTA polis dipercayai ‘bapa ayam’ ditahan bersama enam yang lain di sebuah hotel dan kondominium di Klang dan Setia Alam kerana dipercayai menjual pelacur menerusi aplikasi Whatsapp.

Anggota polis berusia 26 tahun berpangkat Konstabel dan bertugas di cawangan Pengangkutan Ibu Pejabat Polis (IPD) Serdang itu ditahan ketika cuba menyembunyikan diri di sebuah kondominium.

Dalam serbuan itu turut ditemui pakaian seragam miliknya dan peralatan menghisap syabu.

“Seorang wanita Indonesia yang juga pelacur dan mengaku teman wanita anggota polis itu turut ditahan di kondominium sama,” lapor Harian Metro berdasarkan sumbernya.

Sindiket itu dipercayai mengiklankan kegiatan pelacuran yang berlangsung di sebuah hotel di Klang, menggunakan wanita digelar Miss Dyan, Miss Aylla, Miss Evi dan Suraya menerusi aplikasi Whatsapp.

Ketua Polis Daerah Klang Utara Asisten Komisioner Mazelan Paijan yang mengesahkan kes itu berkata, tiga wanita warga Indonesia dan dua lelaki tempatan berjaya ditahan di sebuah hotel.

Ketiga-tiga wanita itu dipercayai pelacur manakala dua lelaki berkenaan penjaga mereka.

Kondom dan wan tunai yang ditemui dalam serbuan.

Serbuan dilakukan bersama pegawai penguat kuasa Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS).


Dua lagi individu iaitu seorang lelaki tempatan dan wanita warga Indonesia ditahan di sebuah kondominium di Setia Alam dalam operasi yang bermula 6.15 petang kelmarin.

Kes disiasat mengikut Seksyen 372 Kanun Keseksaan manakala JAIS menjalankan siasatan mengikut Seksyen 29 Enakmen Jenayah Syariah 199 kerana berkurung dalam satu rumah bukan pasangan suami isteri.

Menurutnya, warga tempatan yang ditahan itu direman empat hari mulai hari ini manakala warga asing 14 hari bagi membantu siasatan. – MYNEWSHUB.CC

Video di bawah sekadar hiasan…

Kategori