• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, August 16, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Setiausaha RCI Forex Buat Laporan Polis

oleh AK-47
03/12/2017
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Satu laporan polis telah dibuat oleh Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) yang menyiasat kerugian urus niaga matawang asing (forex) oleh Bank Negara Malaysia (BNM) pada awal tahun 1990-an yang lalu.

Laporan berkenaan dibuat di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Putrajaya, hari ini oleh Setiausaha RCI, Datuk Dr. Yusof Ismail selaku Setiausaha Bahagian Pelaburan Strategik Kementerian Kewangan.

Menurut Yusof, laporan dibuat agar pihak polis dapat melakukan siasatan terhadap segala hasil rumusan RCI.

Baca: Kerajaan Bentang Laporan RCI Skandal Forex

Juga: RCI Forex: Anwar Kelirukan Kabinet, Parlimen

“Laporan polis adalah berdasarkan apa yang terkandung dalam laporan RCI,” katanya.

Laporan setebal 524 muka surat yang diedarkan di Dewan Rakyat hari ini didapati berasas untuk disiasat oleh Polis Diraja Malaysia (PDRM) tentang kemungkinan berlakunya pecah amanah dan penipuan oleh bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad dalam skandal berkenaan.

Selain itu, laporan oleh RCI itu turut menyatakan adalah tidak masuk akal jika terdapat kemungkinan Mahathir tidak mempedulikan masalah yang dihadapi oleh BNM, berdasarkan kenyataan pelbagai saksi.

Suruhanjaya itu turut mendedahkan, BNM mengalami kerugian sebanyak RM31.5 bilion dalam tempoh tiga tahun iaitu RM12.35 bilion pada 1992, RM15.29 bilion untuk 1993 dan RM3.86 bilion bagi 2014. – MYNEWSHUB.CC

Tags: Bank Negara Malaysia (BNM)RCIskandal forex
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

RCI Tabung Haji: Menteri Ucap Terima Kasih Pada Radzi Jidin

RCI Tabung Haji: Menteri Ucap Terima Kasih Pada Radzi Jidin

14/08/2026
0

PUTRAJAYA - Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Dr. Zulkifli Hasan mengucapkan terima kasih kepada pemimpin Parti Pribumi...

Hutang RM600 Bilion Negara Bankrap, Hutang RM1.3 Trilion Negara Dalam Keadaan Baik?

Hutang RM600 Bilion Negara Bankrap, Hutang RM1.3 Trilion Negara Dalam Keadaan Baik?

13/08/2026
0

KUALA LUMPUR - Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr. Muhamad Akmal Saleh membangkitkan mengenai jumlah hutang semasa negara sebanyak RM1.341 trilion....

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd