• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, June 29, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Semua Mangsa Banjir Di Pulau Pinang Akan Dibantu

oleh Ahmad Albab
12/11/2017
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

TASEK GELUGOR – Kerajaan Persekutuan akan menangani isu yang dihadapi oleh semua mangsa banjir di Pulau Pinang termasuk mereka yang tidak berpindah ke pusat-pusat pemindahan yang disediakan.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Shahidan Kassim berkata kesemua mereka sama ada berpindah atau tidak memerlukan bantuan kerana rumah ditenggelami air dan menyebabkan kerosakan harta benda.

“Orang tidak pindah juga memerlukan bantuan, kelengkapan mereka rosak…semuanya akan ditangani dan akan diurus dengan baik,” katanya kepada pemberita selepas melawat Pusat Pemindahan Sekolah Agama Nyiur Sebatang, di sini hari ini.

Beliau berkata banjir yang dianggap terburuk dalam sejarah Pulau Pinang itu melibatkan 12,559 orang mangsa dan pihaknya kini membuat anggaran kerosakan yang dihadapi oleh mangsa-mangsa banjir.

Shahidan berkata apa yang penting dalam tempoh pasca banjir ini ialah membantu mangsa-mangsa banjir membersihkan kediaman mereka serta memastikan tidak berlaku wabak penyakit bawaan air.

Sehubungan itu, beliau berkata pelbagai pihak seperti pertubuhan bukan kerajaan, parti-parti politik kerajaan dan pembangkang serta sukarelawan telah menggerakkan anggota masing-masing di kawasan terlibat bagi membantu mangsa-mangsa banjir membersihkan kediaman mereka.

“Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) telah membekalkan jet air yang cukup untuk membantu di semua tempat yang memerlukan. Jika ada tempat yang orang takut nak masuk rumah bimbang ada ular, maklumkan kepada APM, kami akan selesaikan masalah itu,” katanya.

Beliau turut meminta Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) dan Jabatan Kebajikan Masyarakat menguruskan dengan baik segala bantuan yang diterima dari pelbagai pihak serta memastikan bantuan sampai kepada mangsa banjir. – BERNAMA

Tags: banjir Pulau Pinang
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Tokong Di Pulau Pinang Dilarang Anjur Rumah Terbuka Aidilfitri, Cetus Reaksi

Tokong Di Pulau Pinang Dilarang Anjur Rumah Terbuka Aidilfitri, Cetus Reaksi

08/04/2026
0

PULAU PINANG – Hasrat sebuah persatuan tokong untuk menganjurkan majlis rumah terbuka Aidilfitri tidak kesampaian selepas tidak mendapat kebenaran pihak...

Sibuk Kecam Kelantan, Pulau Pinang Pula Banjir

29/10/2018
0

SEJURUS selepas menghalakan kritikan kelemahan pentadbiran kepada negeri Kelantan, negeri yang Lim Guan Eng menjadi ketua menterinya sehingga Mac lalu,...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd